Nak tahu tips lariskan perniagaan kudapan anda?
Kami percaya, ramai yang akan bersetuju jika kami katakan bahawa berniaga ini tidak mudah.
Benar atau tidak?
Untuk berniaga dan mendapatkan jualan yang menguntungkan, bukan minat sahaja yang diperlukan tetapi juga ilmu dan kemahiran. Hal ini termasuklah ilmu dalam bidang undang-undang, pengurusan kewangan, pengurusan pentadbiran dan sebagainya.
Namun begitu, tidaklah wajib untuk anda tahu kesemua ilmu itu sebelum berniaga. Tiada masalah untuk belajar sedikit demi sedikit mengikut peredaran masa. Yang penting, minat, strategi dan usaha perlu seiring.
Minat tanpa usaha? Tiada apa yang akan terjadi pada perniagaan anda.
Usaha tanpa minat? Anda pasti akan penat suatu saat nanti.
Jadi, tetapkan strategi yang tepat untuk mengembangkan perniagaan. Walaupun ramai menganggap proses trial and error secara rambang adalah yang terbaik buat perniagaan, tetapi itu bukanlah hakikat sebenarnya.
Konsep yang terbaik adalah trial and error pada strategi yang telah anda rancang. Jadi andai gagal, sekurang-kurangnya perniagaan masih berada pada landasan yang tepat untuk diperbaharui. Jika tidak, lebih banyak masa dan wang yang akan dihabiskan secara sia-sia.
Nak tahu lebih lanjut tentang tips lariskan perniagaan kudapan anda?
Di sini, kami kongsikan 5 tips yang boleh anda ikuti!
1. Ambil serius kehendak pelanggan
Dalam dunia perniagaan, selain produk dan penjual, pelanggan juga adalah sangat sangat penting. Tanpa pelanggan, tiadalah aktiviti penjualan dan tidak laku lah produk anda. Jadi, untuk bergerak maju dalam meningkatkan hasil jualan, anda perlu mengambil serius kehendak pelanggan. Tidak tahu apa yang mereka inginkan? Cuba selidik dengan teliti.
Okay baik kami faham, mungkin ada sesetengah pelanggan sangat cerewet terhadap sesuatu perkara, yang begitu tak kena, yang macam ini pun tak kena. Para penjual sekalian, jangan putus asa. Cara yang terbaik yang boleh anda buat adalah dengan menyediakan dokumentasi bagi setiap testimoni yang anda peroleh. Anda juga boleh menyediakan platform yang kreatif untuk mendapatkan cadangan dari pelanggan. Kemudian, pukul rata semua jawapan, kaji selidik kebaikan dan keburukannya serta perbaharui perniagaan anda mengikut permintaan yang paling tinggi.
Ingat ye, perniagaan tanpa pembaharuan dan penerimaan pendapat diibaratkan seperti ‘syok sendiri’. Kami percaya anda mahukan yang terbaik buat perniagaan jadi, fahami kehendak pelanggan anda.
2. Menambah baik kualiti produk
Anda perlu faham bahawa kita tidak akan terikat kepada suatu jenis cara dan pendapat sahaja dalam dunia perniagaan ini. Untuk berkembang dengan lebih cepat, maju dan besar, anda perlu mendengar pelbagai pendapat dan menambah baik kualiti produk. Walaupun anda merasakan bahawa produk dan servis yang diberikan sudah mencapai tahap paling baik, tetapi jika majoriti pelanggan tidak bersetuju dan memberi maklum balas yang tidak memuaskan, anda p erlu memperbaharui kualiti produk atau servis tersebut.
Jika tidak, siapa yang akan membeli atau menggunakan produk dan servis anda? Betul tak?
Ini termasuklah dari segi rasa, cara pembungkusan, penyimpanan produk serta servis yang anda berikan kepada pelanggan. Jangan lupa, berikan yang terbaik!
3. Memberi kelebihan terhadap kesetiaan pelanggan
Satu lagi cara yang boleh kami cadangkan untuk anda tingkatkan hasil jualan adalah dengan memberi kelebihan terhadap kesetiaan pelanggan. Sama juga seperti berkasih, yang mana anda setia kerana mendapat balasan kasih sayang daripada pasangan, benar kan?
Sama konsepnya dengan produk dan pelanggan. Pelanggan akan rasa dihargai jika mereka mendapat kelebihan terhadap setiap pembeliannya. Sebagai contoh, anda boleh menyediakan diskaun bagi setiap pembelian yang telah mencapai target yang tertentu atau memberi rewards pada setiap bulan kelahiran. Dengan cara ini, mereka akan lebih bersemangat untuk membeli.
8 kategori kudapan yang boleh anda cuba
4. Buat perancangan dengan teliti
Haa seperti yang telah kami maklumkan pada awal artikel tadi, anda memerlukan strategi yang baik untuk memastikan perniagaan berjalan lancar. Anda dan pasukan perlu menyediakan perancangan yang teliti dalam memastikan semua urusan berjalan dengan lancar. Bagaimana nak mulakan, bagaimana cara mendapatkan dana, cara penjualan yang baik, jadual mempromosi, kesemuanya memerlukan perancangan yang teliti.
Jika anda perhatikan, jenama-jenama yang sudah popular kini mempunyai perancangan yang jelas dengan apa yang ingin mereka jalankan. Sebagai contoh, lihat saja pada musim perayaan. Segalanya telah disediakan 6 bulan sehingga setahun lebih awal sebelum tarikh promosi atau acara yang dianjurkan.
5. Menguar-uarkan promosi produk
Salah satu cara untuk mempromosi produk adalah dengan menghubungi kembali pelanggan lama kerana jelas, mereka adalah peminat produk anda. Jadi apabila mengetahui tentang promosi yang anda jalankan, mereka akan lebih teruja untuk membeli. Anda boleh cuba menghubungi menerusi saluran emel dan juga whatsapp.
Namun begitu, perhatian pelanggan baru juga perlu diperoleh. Sediakan promosi yang menarik dan war-warkannya melalui saluran yang betul dalam bentuk grafik, video dan penulisan kreatif. Sediakan juga teaser bagi setiap produk baru yang ingin dikeluarkan!
Ringkasnya, tips-tips yang kami cadangkan ini mungkin akan membuat pelanggan tertunggu-tunggu untuk membeli dan merasai sendiri keunikan produk anda. Jangan terkejut ya bila orang mula berpusu-pusu untuk membuat tempahan produk anda selepas ini!
Namun begitu perlu kami ingatkan bahawa perjalanan menuju perniagaan dengan hasil yang gilang-gemilang ini tidak mudah ye. Pelbagai situasi jatuh bangun yang perlu anda tempuh. Jadi, jangan berputus asa dan teruskan berusaha!
Jika berminat untuk berkecimpung dalam dunia usahawan, layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.