resepi minum petang

Sedapnya! 21 Resepi Minum Petang Yang Lazat Untuk Disediakan

Petang-petang selalu tak tahu nak makan apa? Selalu pening berfikir nak masak apa untuk menu minum petang? Asyik-asyik makan snek sama je setiap petang?

 

Di sini kami kongsikan 21 resepi minum petang untuk anda cuba! Senang untuk disediakan!

 

21 Resepi Minum Petang Yang Sedap Untuk Dicuba

resepi minum petang

Minum petang sambil makan kuih muih ataupun kudapan petang telah menjadi satu tradisi di Malaysia. 

 

Tambahan pula dengan zaman sekarang di mana banyak snek-snek dan kuih jenis baru yang viral telah diperkenalkan.

 

Mari kita lihat kuih muih ni beserta resepi minum petang:

 

Popia Pisang Coklat

resepi minum petang

Popia pisang coklat ni tengah viral sekarang! Apa kata kita cuba buat sendiri kat rumah. Berikut adalah resipi popia pisang coklat ni!

 

 

Bahan-bahan:

  1. Kulit Popia
  2. Pisang (yang telah masak dan manis)
  3. Air
  4. Coklat 
  5. Minyak masak

Cara-cara penyediaan:

  1. Potong pisang dan coklat kepada bahagian kecil mengikut kreativiti anda
  2. Sediakan kulit popia (dipotong kepada 4 bahagian)
  3. Basah kulit popia pertama menggunakan air untuk melekatkan dengan kulit popia kedua nanti.
  4. Letakkan hirisan pisang dan coklat yang dihiris.
  5. Ambil kulit popia kedua dan basahkan dengan menggunakan air dan lekatkannya pada kulit popia kedua.
  6. Pastikan kulit popia tersebut lekat dengan kemas.
  7. Panaskan kuali dan letakkan minyak secukupnya.
  8. Goreng sehingga popia pisang coklat itu rangup dan warna kekuningan.
  9. Hidangkan.

Resepi Popia Sayur Goreng

resepi minum petang

Popia Sayur Goreng ini adalah resepi minum petang klasik. Mari kita lihat cara-cara menyediakannya:

 

Bahan-bahan:

  1. Kulit popia
  2. Lobak merah
  3. Lada sulah
  4. Garam
  5. Bawang
  6. Udang kering
  7. Sengkuang

Cara-cara penyediaan:

  1. Hiris sengkuang dan lobak merah secara halus dan memanjang.
  2. Tumbuk udang kering dan bawang.
  3. Tumiskan sengkuang, lobak merah, udang kering serta bawang. 
  4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  5. Sejukkan sebelum bungkuskan ke dalam popia.
  6. Bungkus dan siap untuk di goreng.
  7. Goreng sehingga garing dan wana kekuningan.
  8. Siap untuk dihidang.

Resepi Lempeng

resepi minum petang

Jika negara barat mempunyai pancake, kita pula ada lempeng! Walaupun rupanya seperti roti canai tapi rasanya berbeza! Jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya.

 

 

Bahan-bahan:

  1. Minyak masak
  2. Tepung gandum 
  3. Air 
  4. Garam
  5. Planta 
  6. Gula

Cara-cara penyediaan:

  1. Bancuhkan tepung, air, minyak masak 1 sudu serta sedikit garam.
  2. Gaul kesemua bahan sehingga sebati
  3. Masukkan bancuhan ke dalam senduk bersaiz sederhana.
  4. Goreng lempeng tersebut tanpa menggunakan minyak kerana bancuhan sudah mengandungi minyak.
  5. Letakkan sedikit planta dan ratakan apabila bahagian putih sudah mula menghilang.
  6. Letakkan gula dan ratakan.
  7. Lipat setepek.
  8. Siap untuk dihidang

Cempedak Goreng

resepi minum petang

Siapa yang tak suka cempedak goreng kan? Kalau minum dengan teh panas pada waktu petang, memang nikmat rasanya! Jom cuba resipi ni.

 

 

Bahan-bahan:

  1. 1 sudu kecil garam
  2. Sedikit air kapur
  3. 2 cawan tepung beras
  4. 1 biji telur
  5. Pewarna kuning telur
  6. Ais 4/5 ketul 
  7. Air sejuk

Cara-cara penyediaan:

  1. Bancuhkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul hingga sebati.
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga garing dan warna kekuningan.
  3. Siap untuk dihidang!

Lempeng Pisang Berangan

resepi minum petang

Lempeng pisang ni selalu dimasak menggunakan arang. Sekarang tak perlu susah-susah dah, guna je pan kat rumah.

 

Bahan-bahan:

  1. Daun pisang
  2. Pisang berangan
  3. 4 sudu besar gandum
  4. 1 ½ gula
  5. 2 sudu besar tepung ubi
  6. 1 sudu gula perang
  7. Kelapa parut

Cara-cara penyediaan:

  1. Lecekkan pisang.
  2. Masukkan tepung dan gaulkan sehingga sebati.
  3. Panaskan pan dan letakkan daun pisang.
  4. Sapukan sedikit minyak ke atas daun pisang tersebut.
  5. Tuangkan adunan dan ratakan.
  6. Letakkan sehelai daun pisang yang baru di bahagian atas.
  7. Biarkan selama 15 minit.
  8. Siap dihidang!

Kek Pisang Kukus

resepi minum petang

Antara salah satu snek yang boleh dibuat dengan pisang adalah kek kukus pisang! Mari kita lihat cara-caranya.

 

Bahan-bahan:

  1. 1 biji telur gred B
  2. 1 penutup botol esen pisang
  3. 1 cawan minyak masak
  4. 1 ½ cawan tepung gandum
  5. 1 cawan pisang lenyek
  6. 1 sudu baking powder
  7. 1 cawan gula pasir
  8. 1 sudu soda bikarbonat

Cara-cara penyediaan:

  1. Blendkan semua bahan-bahan di atas
  2. Kukus sampai masak
  3. Siap untuk dihidang.

Kek Butter Kukus 4 Bahan

resepi minum petang

Bagi penggemar kek, anda boleh mencuba resepi kek butter kukus ni. Hanya guna 4 bahan je tau. Mudah kan!

 

Bahan-bahan:

  1. Buttercup 1/5 (cairkan),
  2. Gula 1 Cawan (boleh kurangkan).
  3. Telur 2 biji,
  4. Tepung 1 cawan,

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisarkan telur dan gula sehingga kembang
  2. Masukkan buttercup dan teruskan blend
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit
  4. Masukkan ke dalam adunan dan kukus selama 30 minit
  5. Biarkan sejuk buat beberapa minit
  6. Siap untuk dihidang.

Tauhu Sumbat Ayam @ Daging

resepi minum petang

Siapa yang mahukan snek yang sihat, bolehlah mencuba resipi tauhu ini.

 

Bahan-bahan:

  1. Tauhu
  2. Dada ayam @ daging
  3. Cili besar – cincang
  4. Daun sup – hiris halus
  5. Bawang besar –cincang
  6. Garam
  7. Lada sulah
  8. Telur.

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng kan tauhu dan belahkan kepada dua bahagian
  2. Keluarkan isi tauhu tersebut
  3. Goreng dada ayam 
  4. Campur isi ayam dan isi tauhu dan tumbuk sampai lumat.
  5. Campurkan cili besar, daun sup, bawang besar, garam dan lada sulah
  6. Gaulkan sehingga rata dan sumbat dalam kulit tauhu 
  7. Pukul telur dan celupkan tauhu yang disumbat
  8. Goreng sehingga garing
  9. Siap untuk dihidang

Cucur ketam bercili

resepi minum petang

Cucur ketam bercili ini memang sedap layan! Senang je cara nak buatnya!

 

Bahan-bahan:

  1. Tepung naik sendiri
  2. Isi ketam dihancurkan
  3. Air
  4. Kucai dipotong kecil
  5. Cili merah dicincang halus
  6. Telur
  7. Bawang besar
  8. Soda bikarbonat
  9. Garam

Cara-cara penyediaan:

  1. Bancuhkan kesemua bahan-bahan diatas/
  2. Biarkan adunan selama 10-15 minit.
  3. Panaskan minyak
  4. Goreng sehingga kekuningan
  5. Siap untuk dihidang

Jemput-jemput kentang dan sotong

resepi minum petang

Mari kita lihat pula cara-cara nak buat jemput-jemput kentang dan sotong yang menyelerakan ni!

 

Bahan-bahan:

  1. Tepung gandum
  2. Air
  3. Susu
  4. 8 ekor sotong dihiris kecil
  5. Ubi kentang dihiris halus
  6. Lada sula
  7. Garam
  8. Minyak

Cara-cara penyediaan:

  1. Bancuhkan kesemua bahan di atas dan gaul sehingga sebati
  2. Panaskan minyak
  3. Goreng sehingga garing
  4. Siap!

Samosa

resepi minum petang

Selalu nampak samosa ini dijual di tepi-tepi jalan. Apa kata kita cuba buat sendiri pula kat rumah.

 

Bahan-bahan:

  1. Kulit popia
  2. Serbuk kari
  3. 1 bawang besar dicincang
  4. Daun kari 
  5. Garam dan gula secukup rasa
  6. 10-15 ekor udang dipotong kecil

Cara-cara penyediaan: 

  1. Untuk inti, panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan daun kari, ubi kentang, udang dan garam secukup rasa. Masak hingga sebati
  2. Untuk samosa, ambilkan kulit popia dan letakkan sesudu inti sebelum menggulungnya menjadi bentuk segi tiga
  3. Goreng dalam minyak panas sehingga garing.

Bubur Candi

resepi minum petang

 

Bubur candi ni selalunya disediakan di majlis perkahwinan sahaja. Apa kata kita cuba buat kat rumah untuk puaskan craving kita.

 

Bahan-bahan:

  1. 3 cawan tepung pulut
  2. air 
  3. garam
  4. santan secukupnya
  5. 1 cawan sagu biji (basuh dengan cara lalukan dibawah air paip,dan ramas sikit untuk buang kanjinye)
  6. rebus hingga jernih toskan
  7. 1 ketul gula Melaka
  8. gula putih 1 sb susu pekat 

Cara-cara penyediaan:

  1. Uli tepung pulut bersama sedikit garam dan air hingga lembut 
  2. Bahagikan beberapa bahagian dan letakkan pewarna
  3. Bentukkan dalam bentuk bulat mengikut saiz disukai dan rebus sehingga timbul 
  4. Panaskan santan
  5. Masukkan 2 helai daun pndan
  6. Masukkan gula Melaka, gula dan susu pekat
  7. Kacau dan masukkan tepung pulut dan sagu bila dah mendidih
  8. Siap untuk dihidang

Bingka Jagung

resepi minum petang

 

Mari kita lihat resepi untuk bingka ubi ni.

 

Bahan-bahan:

  1. 1 cawan susu cair 
  2. air 
  3. 2 biji telur  
  4. 1 cawan tepung gandum 
  5. 1 tin jagung krim 
  6. gula 
  7. 2 sudu makan mentega ataupun marjerin cair

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180ºC. 
  2. Sapukan minyak pada loyang 
  3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati 
  4. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang. 
  5. Bakar selama satu jam. 
  6. Sejukkan 
  7. Sedia untuk dihidang

Serunding cheese roll

resepi minum petang

 

Resipi ni sangat mudah disediakan. Anda boleh guna bahan-bahan yang ada di rumah sahaja.

Bahan-bahan:

  1. Roti
  2. Keju
  3. Serunding
  4. Telur
  5. Serbuk roti

Cara-cara penyediaan:

  1. Potong kulit roti dan gelekkan agar menjadi nipis
  2. Letak sekeping keju dan serunding
  3. Pecahkan telur dan kacau
  4. Celup roti ke dalan telur dan masukkan serbuk roti
  5. Goreng hinggan garing
  6. Siap!

Roti Puri Belon

resepi minum petang

Selalu kita makan roti puri ni kat kedai mamak je! Sekarang boleh cuba buat kat rumah.

 

Bahan-bahan:

  1. Tepung gandum
  2. Yis
  3. Minyak masak
  4. Gula
  5. Garam
  6. Air panas

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaulkan gandum, yis, gula, garam, minyak sehingga sebati
  2. Masukkan air panas dan gaul rata
  3. Ketepikan adunan selama 15 minit
  4. Lenyekkan dengan penggelek
  5. Panaskan minyak dan goreng
  6. Siap untuk dihidang

Tau Foo Faa

resepi minum petang

 

Tau Foo Faa ni sangat sedap dimakan panas-panas!

 

Bahan-bahan:

  1. Kacang soya (rendam selam 4 jam)
  2. Air
  3. Serbuk gipsu
  4. Tepung jagun
  5. Air panas

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar kacang soya bersama air.
  2. Perah air soya guna penapis teh tarik atau penapis yg sesuai.
  3. Masak perahan soya sehingga mendidih
  4. Bancuh tepung jagung,air dan gypsum powder
  5. Tuangkan  rebusan air kacang soya tadi ke dalam bekas berisi gypsum powder.
  6. Bila dah sejuk boleh pindahkan dalam peti ais.
  7. Siap untuk dimakan

Bola Kristal Keledek

resepi minum petang

 

Bola Kristal keledek ni pun tengah viral. Mari kita lihat cara penyediaan snek ni.

 

Bahan-bahan:

  1. Keledek oren
  2. Tepung gandu,
  3. Baking powder
  4. Garam
  5. Gula kastor

Cara-cara penyediaan:

  1. Lenyekkan keledek
  2. Campurkan tepung dan baking powder yang telah di ayak
  3. Uli hingga jadi doh yang tak melekat di tangan.
  4. Bulat-bulatkan sebesar guli hingga habis dan goreng dalam minyak yang banyak
  5. Salut dengan gula kastor
  6. Siap untuk dihidang

Cek Mek Molek

resepi minum petang

 

Cek Mek Molek merupakan kuih yang sangat digemari oleh penduduk di Kelantan. Mari kita cuba buat kueh ni.

 

Bahan-bahan:

  1. Ubi keledek oren
  2. Gandum
  3. Gula

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus ubi keledek
  2. Lenyek dan gaul bersama gandum dan gula sehingga sebati
  3. Goreng dalam minyak panas sehingga garing
  4. Siap! 

Agar-Agar Milo

resepi minum petang

 

Kita selalu minum air milo sejak dari bangku sekolah lagi. Apa kata kita cuba makan dalam bentuk agar-agar pula.

 

Bahan-bahan:

  1. 1.5 litre air masak
  2. satu paket agar-agar tali
  3. 7 sudu besar milo
  4. 1 cawan air panas
  5. 1/2 tin susu pekat
  6. 3 sudu besar gula pasir

Cara-cara penyediaan:

  1. Masak agar-agar dan masukkan gula pasir dan biar sampai larut
  2. Masukkan 7 sudu besar milo, satu cawan air panas dan setengah tin susu pekat
  3. Kacau sehingga larut dan pekat
  4. Tuang agar-agar milo ke dlm acuan atau bekas dengan menggunakan tapis.
  5. Sejukkan dalam peti ais untuk 2-3 jam

Sagu Gula Melaka

resepi minum petang

 

Sedapnya kalau dapat makan sagu gula Melaka ni ketika cuaca panas. Senang je cara nak buat tau. Ada tiga bahagian yang perlu anda ikut.

 

Bahan-bahan:

1. Sagu

a) 1 1/2 cawan sagu

b) 1 liter air (jika perlu tambah air, tambah sedikit demi sedikit semasa merebus buah sagu)

 

2. Kuah Santan

a) 2 1/2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)

b) 1 sudu besar tepung beras dan 1 sudu kecil garam

c) 1 helai daun pandan, carik dan simpul.

d) Santan juga boleh digantikan dengan susu cair.

 

3. Sirap Gula Melaka

a) 1 ketul besar gula Melaka

b) 3 sudu besar gula merah serbuk Thai

c) 2 sudu besar gula pasir

d) 1 helai daun pandan, carik dan simpul

 

Cara-cara penyediaan:

 

1. Sagu

a) Rendamkan biji sagu bersama air selama 1/2 jam.

b) Rebus sagu di atas api perlahan sehingga hilang putih di tengah-tengah biji. 

c)Tuang sagu di atas penapis dan bilas dengan air mengalir 

d)  Masukkan warna kesukaan anda dan kacau sehingga sebati. 

e) Sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit. 

 

2. Kuah Santan

a)Masak santan bersama tepung beras, daun pandan serta garam di atas api perlahan dan kacau agar santan tidak berketul.

 

3. Sirap Gula Melaka

a)Masukkan air, gula melaka, gula merah Thai, gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk dan masak sehingga sirap pekat dan mendidih.

 

Kek Batik

resepi minum petang

Kek batik ni sangatlah mudah untuk disediakan. Hanya dengan menggunakan 5 bahan, snek anda sudah siap. Cara penyediaannya pun mudah.

 

Bahan-bahan:

  1. 25 keping biskut Marie.
  2. 200 gram mentega.
  3. 4 sudu besar serbuk milo.
  4.  ¾ tin susu pekat manis.
  5. 2 sudu besar serbuk koko.

 

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan 200 gram mentega ke dalam kuali panas dan kacau sehingga ia cair.
  2. Masukkan ¾ tin susu pekat, serbuk milo dan koko dan kacau sehingga sebati.
  3. Tutupkan api dan masukkan biskut marie yang telah dihancurkan dan gaul sehingga rata.Alihkan adunan ke loyang dan sejukkan selama 5-6 jam. 
  4. Siap!

 

Kesimpulannya, banyak resepi kuih-muih minum petang yang anda boleh buat di rumah untuk santapan anda sekeluarga.

 

Bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk menyediakan kudapan petang, anda boleh lihat produk daripada Chemilan. Tak perlu susah-susah nak belek lagi resepi minum petang. Buka sahaja balang, makan!

 

Chemilan adalah produk keluaran MGR Malaysia Sdn Bhd yang mengeluarkan aneka kuih-muih seperti sambal, kueh dan coklat untuk santapan anda.

 

Anda juga boleh dapat kan pelbagai resepi kuih muih untuk minum petang di laman web rasmi syarikat tersebut.

 

Selain itu, syarikat ini juga menyediakan pakej kilo untuk pelanggan di mana mereka boleh dapatkan produk tersebut dengan harga yang lebih murah.

 

Antara produk yang dijual oleh Chemilan ialah Sambal Goreng Crunchy, Choc-O dan beraneka kueh raya seperti Tart Nutella, Almond Paris, Sujee Cookies, Siput Cheese dan lain-lain.

 

Anda boleh dapat kan snek ini melalui laman web rasmi nya ataupun daripada agent-agent Chemilan yang sah.

 

Jana Pendapatan Bersama Chemilan

Chemilan telah membuka peluang bagi mereka yang ingin mencari duit sampingan bersama Chemilan dengan menjadi agent Chemilan. 

 

Bagi sesiapa yang berminat, mereka boleh menghubungi Chemilan dan membuat pembayaran mengikut pakej agent yang ditawarkan sekiranya bersetuju dengan pakej tersebut.

 

Dengan menjadi agent Chemilan, agent dapat menjana keuntungan sebanyak 50% dan berpeluang untuk menjadi CEO.

 

Agent akan diberikan latihan setiap hari dan ianya boleh dilakukan secara walk in di TGC Centre. Produk Chemilan ni mudah untuk dijual tau kerana ianya pasaran makanan.

 

Klik Sini Untuk Krup Krap Yang Sedap!

Klik Sini Untuk Menjadi Ejen

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
Scroll to Top