Oleh kerana ramai yang duduk di rumah semasa PKPB dilaksanakan, ramai jugalah yang mencuba pelbagai resepi makanan termasuklah resepi rendang.
Nak masak rendang memang sesuai untuk Hari Raya tetapi tiada masalah sekiranya kita hidangkan pada masa ini.
Bolehlah seisi keluarga merasa variasi juadah makanan untuk tengahari dan malam. Tidaklah bosan menikmati lauk pauk yang sama setiap hari.
Berikut dikongsikan beberapa resepi masakan rendang mengikut negeri untuk panduan anda.
5 Resepi Rendang Daging Yang Lazat Dihidangkan Semasa PKPB
- Rendang Tok
Masakan ini popular di negeri Perak, di mana pada asalnya ia menggunakan daging kerbau kerana lebih berurat dan rasanya yang manis.
Namun bagi mereka yang kurang gemar dengan daging kerbau, anda boleh menukarkannya dengan daging lembu memandangkan ia mudah dicari.
Rendang tok menjadi menu wajib untuk dihidangkan pada hari raya di kalangan masyarakat di negeri itu.
- Rendang Hati
Jarang-jarang mendengar bahagian organ haiwan dijadikan masakan rendang, tetapi inilah keistimewaan rendang Johor.
Hati lembu dimasak dengan menggunakan kicap dalam masa yang singkat untuk mengelakkan ia menjadi keras.
Seperti menu rendang biasa, ia boleh dimakan bersama nasi, ketupat dan lemang.
- Rendang Daging Hitam
Antara bahan utama dalam memasak rendang adalah santan.
Namun tidak bagi menu rendang masyarakat Sarawak ini, apabila ia langsung tidak menggunakan santan untuk menjadikan kuahnya lebih berlemak dan pekat.
Bagi masyarakat di sana, rendang daging hitam sering dihidangkan ketika musim perayaan, keraian dan kenduri.
Menu ini sering dipadankan dengan kelupis dan nasi kuning.
- Rendang Ayam Lengkuas
Ini merupakan menu rendang yang popular di kalangan masyarakat Sabah.
Terdapat dua versi rendang ayam lengkuas, iaitu basah dan kering.
Malah untuk resepi ini, adalah lebih sedap jika menggunakan ayam kampung dan rasanya juga kurang pedas.
Ia enak dimakan bersama buras, nasi, roti dan lemang.
- Rendang Minang
Menu masyarakat Negeri Sembilan ini bukan sahaja popular di negeri itu, bahkan ramai orang sukakannya kerana rasanya yang pedas kerana menggunakan cili api.
Diperkenalkan oleh kaum Minangkabau, rendang minang biasanya dimasak dalam tempoh yang lama.
Bahan-Bahan Membuat Rendang
Ikuti resepi yang dikongsikan Norsiah Zakaria ini. Memang sedap!
Bahan-bahan :
2 kg daging
6 biji bawang sederhana besar
8 ulas bawang putih
Sebesar 2 jari halia
Sebesar 2 jari kunyit hidup
Sedikit lengkuas
6 batang serai
Cili kering yang telah dikisar lebih kurang 2 senduk
Santan kotak 500ml
Kerisik
Cara masakan :
- Bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup dikisar.
- Kemudian, masukkan dalam kuali bersama dengan cili kering yang juga telah dikisar terlebih dahulu.
- Seterusnya, masukkan daging. Kacau supaya bahan yang telah dikisar telah rata bersama dengan daging.
- Masukkan santan dan teruskan untuk kacau. (Gunakan api sederhana sahaja sepanjang memasak rendang).
- Apabila sudah hampir hendak kering, masukkan kerisik dan daun kunyit yang telah dihiris, bersama dengan daun limau purut dan asam keping.
- Akhir sekali, jangan lupa masukkan garam, serbuk perasa dan sedikit gula kasar atau gula Melaka mengikut citarasa anda.
Mudah kan? Pasti resepi rendang daging sedap ini dapat menambahkan selera makan semasa kita duduk di rumah.
Sambil berkumpul beramai-ramai, pastinya banyak cerita dan peristiwa yang akan dikongsikan.
Tapi, takkan nak duduk saja tanpa kunyah-kunyah, kan?
Apa kata, sambil bertukar-tukar cerita, jadikan Chemilan, satu jenama kudapan yang terhangat di pasaran dan sedang menjadi sebutan ramai rakyat Malaysia ini sebagai selingan.
Chemilan hadir dengan beberapa variasi, seperti Sambal Goreng Crunchy iaitu tempe dan kentang hancur yang disatukan bersama ikan bilis bermata biru.
Ada juga kerepek berperisa cokelat bagi mereka yang menggemari coklat.
Satu lagi variasi Chemilan adalah kuih dengan rasa yang sedap yang pasti digilai ramai.
Jangan buang masa, hubungi Chemilan di sini atau boleh ikuti mereka di platform media sosial seperti: