Perspektif negatif menjual makanan patut cuba dielakkan!        

Tahukah anda, walaupun dunia pada masa kini menyaksikan suatu peningkatan dalam dunia perniagaan, namun masih ramai yang mempunyai beberapa perspektif negatif yang mengganggu kepercayaan mereka untuk mula berniaga.

Mungkin tidak ramai yang terkesan tetapi begitulah hakikatnya pada segelintir individu.

Kami di sini bukanlah ingin menakut-nakutkan anda tetapi hanya ingin memberi kesedaran serta solusi supaya perkara ini tidak menjatuhkan semangat anda untuk memulakan perniagaan. Antara perspektif negatif yang sering sahaja ditakuti sebilangan pengusaha adalah seperti:-

1. Keracunan makanan

Untuk mereka yang menjual makanan atau pemilik restoran khususnya, pasti hal ini yang menjadi ketakutan dan kebimbangan utama. Bagaimana dengan keselamatan makanan kepada pelanggan? Adakah makanan menepati citarasa pelanggan? Dan pelbagai lagi persoalan yang mungkin akan timbul.

kudapan ala kampung paling sedap!

2. Stok bahan mentah yang rosak

Sesetengah pengusaha terpaksa menghadapi isu berkait dengan stok bahan mentah yang rosak. Hal ini akan terjadi terutamanya kepada pengusaha restoran, kedai makan atau gerai makanan. Apabila stok bahan mentah yang diterima rosak, mereka akan menghadapi kerugian yang mungkin tidak dapat dielakkan. Jumlah pengeluaran dan penjualan pada hari tersebut juga akan berkurangan dan tidak mencapai target jualan yang ingin dicapai.

Namun begitu, kebanyakan pengusaha menyedari perkara ini dan sanggup menerima risiko yang bakal dihadapi. Jadi jika anda ingin memulakan perniagaan dalam sektor makanan, jangan berputus asa! Untuk mengurangkan risiko penerimaan stok bahan mentah yang rosak, anda boleh cuba menjual barangan makanan yang sudah sedia ada di pasaran.

Sebagai contoh, anda boleh cuba menjual produk dari www.chemilan.com.my untuk mendapatkan sumber kewangan yang lebih sekaligus memudahkan anda dalam menceburi dunia perniagaan pada peringkat awal. Hal ini kerana segala perkara seperti bahan mempromosi, pembungkusan yang kreatif serta proses penyediaan produk sudah tersedia.

Tak perlu runsing lagi!

3. Review negatif pelanggan

Anda perlu tahu bahawa citarasa setiap pelanggan ini adalah berbeza-beza dan ia adalah sangat mustahil untuk kita memuaskan hati semua pihak. Namun begitu, anda boleh mengambil setiap testimoni dari pelanggan dan membuat kaji selidik dalam usaha memperbaiki perniagaan anda. Jika terlalu banyak testimoni negatif yang diterima, ini bermakna anda perlu mengubah dan memperbaiki perniagaan anda mengikut kesesuaian.

4. Perubahan citarasa dan selera pelanggan

Tidak dinafikan bahawa citarasa dan selera pelanggan ini akan berubah mengikut masa. Oleh itu, kepelbagaian produk adalah sangat penting untuk memastikan jenama berkembang seiring peredaran masa. Oleh sebab itu, produk www.chemilan.com.my sentiasa mengeluarkan produk baru yang mampu beri kelainan kepada para pelanggan.

Ringkasnya, setiap perniagaan tidak akan pernah lari dari masalah. Bagaimana cara untuk anda menyelesaikannya adalah sangat penting. Anda boleh cuba mengubah setiap perspektif negatif yang diperoleh kepada sesuatu yang lebih baik dan positif. In shaa Allah, perniagaan anda akan mampu bertahan walau terpaksa menempuh pelbagai ujian dan cabaran.

Jika berminat untuk menjual produk popular yang mudah laris, boleh layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
Scroll to Top