fbpx

Perbezaan Coklat Couverture dan Coklat Compound

Assalamualaikum

Selamat berpuasa semua. Hari ni nak cerita pasal coklat. Sape penggemar coklat kat sini? Angkat ibu jari kanan. Emm jangan korang terliur udah la ye..Batal puasa nanti.Hehe. Ekceli dalam hati ni dah lama terniat nak belajar buat coklat. Sebab coklat adalah makanan feveret saya sejak belajar berjalan lagi. Kalau kita pandai buat coklat sendiri, so x payahla susah2 pi kedai beli coklat yang mahal2 tu sume. Rasa teringin je, tros buat, sukatila nak letak coklat banyak mana,kacang banyak mana pon kan.Lagiii puas jantung hati ku ini. So disebabkan nak tahu cara-cara buat coklat,saya telah menjadi rajin untuk menggoogle cerita pasal coklat. Rupa-rupanya coklat yang boleh digunakan untuk membuat coklat ni ada 2 jenis. Iaitu:

Real chocolate/ coklat couverture – coklat yang dihasilkan munggunkan cocoa butter (lemak koko) dan kerana itulah coklat yang diperbuat daripada coklat tulen lebih mahal harganya daripada coklat compound. Contoh coklat yang dibuat menggunakan coklat Couverture ialah coklat Ferrore rocher ,Cadbury ,Fidani dan semua coklat mahal. Coklat tulen yang belum dibentuk seperti coklat bar atau coklat handmade hanya dijual di speciality shop,selalunya ia dijual sebagai Dark Chocolate (cocoa,cocoa butter & gula), Milk Chocolate (cocoa, milk powder,cocoa butter & gula), White Chocolate (milk powder,cocoa butter & gula)

Coklat compound– coklat yang diperbuat menggunakan lemak sayur, sebagai pengganti cocoa butter.Boleh dijadikan candy tetapi lebih keras berbanding dengan candy yang diperbuat dari coklat tulen dan ianya lebih stabil pada suhu bilik dan paling sesuai untuk digunakan sebagai coklat coating. coklat compound juga ada dijual sebagai dark coklat,milk coklat dan white coklat.
Bagi membezakan antara coklat tulen dan compound ialah dengan melihat takat kecairan coklat apabila dipegang. Apabila coklat mudah cair selepas dipegang maka kebarangkalian coklat tersebut terdiri daripada coklat tulen.

Dapppnyeeee.nyum2

p/s:  Dua jenis coklat ini sahaja yang sesuai untuk di buat coklat. Untuk pengetahuan anda semua, coklat masakan SAMA SEKALI tidak boleh untuk di buat coklat.

Sumber : belog coklat

 Wassalam

Sumber asal: Blog Azie Suhaimi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
WeCreativez WhatsApp Support
Sales
Che Milan
Available
Scroll to Top