Penjualan kudapan menjadi isu hangat masa kini?

Benarkah penjualan kudapan menjadi isu hangat masa kini?

Jika anda bertanyakan pendapat kami, iya benar.

Ia adalah isu hangat masa kini. Jika diperhatikan, usahawan makanan terutamanya produk kudapan yang terlahir kini adalah bak ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Tidak dinafikan bahawa produk kudapan ini menjadi pilihan ramai usahawan yang baru mencipta nama dalam industri perniagaan.

Terdapat pelbagai kategori yang menawarkan platform untuk anda mula meneroka dunia perniagaan termasuklah menjadi dropship, ejen, stokis dan sebagainya. Kesemua kategori ini menawarkan kelebihan yang tersendiri.

Namun, adakah benar ia mampu memberikan keuntungan yang lumayan seperti dikatakan sebilangan pihak, tentang ‘ia mampu memberi kekayaan kepada si pengusaha’?

Ia adalah bergantung.

Bergantung kepada situasi, bergantung kepada usaha dan minat.

Jika anda benar-benar minat dan berusaha dalam memastikan perniagaan berada pada landasan yang tepat, maka anda akan dapat memperoleh hasil yang lumayan dan memberangsangkan. Dan begitu juga sebaliknya, tanpa usaha, tanpa minat, perniagaan anda akan susah bergerak jauh.

resepi rendang daging

Memandangkan terlalu ramai usahawan menjual perkara yang sama, yang membawa maksud kepada banyak persaingan, maka anda perlu mencari kelainan untuk memastikan perniagaan dapat bertahan lama walaupun hanya menjual sebagai ejen bukannya pengusaha produk.

Anda perlu tahu bahawa anda adalah pengusaha bagi perniagaan anda. Jadi, cari cara terbaik yang dapat mebantu kelancaran perniagaan anda. Ini adalah beberapa cara yang boleh anda ikuti:-

1. Dapatkan pandangan dan nasihat

Okay, sebaiknya anda perlu mendapatkan pandangan serta nasihat daripada mereka yang lebih pakar dan berpengalaman. Rujuk tentang beberapa perkara yang mungkin dapat membantu perkembangan perniagaan anda. Fikirkan kelebihan dan kekurangan setiap cadangan yang diterima. Pastikan ia bersesuaian dengan konsep perniagaan dan mampu untuk anda menguruskannya.

2. Perbaharui kreativiti produk

Anda perlu ingat bahawa terlalu banyak produk yang perlu anda tewaskan atau setidaknya bergerak seiring. Justeru, anda memerlukan kelebihan dan kelainan terhadap produk anda. Cara yang boleh digunakan adalah dengan sentiasa memperbaharui produk supaya lebih menarik dan kreatif mengikut aliran zaman.

Dengan cara ini, umum akan celik tentang kewujudan produk anda di antara produk yang lain. Salah satu contoh yang boleh anda lakukan adalah dengan menyediakan lagu khas tentang produk atau meletakkan kisah menarik yang berkait dengan produk.

resepi kudapan minum petang

3. Gunakan platform berkesan

Platform yang digunakan untuk menjual juga adalah sangat penting buat masa kini. Bayangkan saja, jika anda hanya menggunakan platform whatsapp atau penjualan secara terus untuk menjual, sejauh mana anda ketinggalan? Sedangkan produk lain telah mula bergerak kepada saluran youtube, Instagram, twitter, shoppee dan sebagainya.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa anda memerlukan kelainan dan keunikan tersendiri dalam memastikan produk dan perniagaan berjalan lancar dan dikenali ramai. Ingat ya, sentiasa mengetahui trend terkini adalah sangat penting terutamanya buat anda yang sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Jika berminat untuk menjual produk popular yang mudah laris, boleh layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
Scroll to Top