Siapa percaya yang internet ini adalah kunci utama bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan masa kini?
Percaya atau tidak, itulah hakikatnya.
Pada era dunia masa kini, hampir kesemua perkara memerlukan internet untuk berjalan dengan lebih lancar dan maju ke depan termasuklah perniagaan. Jadi selain penjualan secara terus, kami ingin mencadangkan kepada anda untuk menggunakan beberapa platform online yang dapat membantu memaksimakan keupayaan perniagaan.
Jika perasan, kini, terlalu banyak usahawan yang menjual produk secara online sudah semakin berkembang dan mencapai jualan pada tahap maksima hari demi hari. Dan kebanyakannya dibantu dengan isu viral. Ada di antara mereka yang sampai tak menang tangan nak menguruskan setiap order yang masuk.
Jadi, nak viral di platform online? Jom jual produk di 5 platform ini.
1. Shoppee
Inilah platform yang dikenali sebagai platform penjualan termurah! Mana tidaknya, jika di kedai setiap barangan yang dijual hampir mencecah ratusan ringgit tetapi pada platform ini anda akan mendapat produk yang sama dengan harga yang jauh lebih murah.
Selain itu, kebanyakan umum juga memilih platform ini kerana sistem laman webnya yang memudahkan para pengguna. Jadi, inilah masa anda untuk memanfaatkan segala platform yang anda dan menarik perhatian pelbagai pelanggan.
2. Facebook MarketPlace
Facebook marketplace adalah platform yang dipilih oleh setiap kelompok masyarakat. Bermula dari individu yang sudah berusia sehingga mereka yang masih di peringkat awal remaja, kesemuanya menggunakan facebook untuk berhubung. Jadi disebabkan pengaruhnya yang luas serta pencapaian pengguna yang menyeluruh, ia adalah suatu platform terbaik untuk anda menggunakannya.
3. Instagram
Haa inilah platform yang dapat menarik perhatian kebanyakan anak muda. Jika anda tidak mempunyai akaun perniagaan dan hanya memiliki akaun peribadi sahaja pun tidak mengapa, asalkan anda sering berkongsi berkenaan maklumat produk, perjalanan perniagaan dan sebagainya. Ini adalah kerana kebanyakan remaja akan terjebak dan terpengaruh untuk setiap perkara yang anda kongsikan. Justeru, ia merupakan suatu peluang baik untuk mengembangkan perniagaan.
8 kategori kudapan yang patut anda cuba!
4. Tiktok
Platform terbaru yang menjadi kegilaan remaja masa kini. Buat sahaja ‘live’ di platform ini, sudah pasti beribu pelanggan yang bakal diperoleh. Sejujurnya, inilah platform yang paling mudah untuk viralkan produk anda. Gunakan muzik dan effects trending yang sesuai dengan content yang menarik, pasti anda akan dapat mencapai fyp atau viral.
5. Youtube
Asalkan video anda mampu menarik perhatian target market, pasti anda akan mampu mencapai hasil jualan yang menguntungkan. Sebagai contoh, jika anda menjual produk kudapan dari www.chemilan.com.my, anda boleh cuba membuat rakaman video seperti tempat makan menarik dan masukkan bersama produk chemilan di dalam salah satu segmen video anda.
Secara ringkas, platform online adalah cara terbaru yang dapat membantu anda mengembangkan perniagaan dengan lebih maju dan besar. Jangan takut untuk mencuba! Jika berminat untuk berkecimpung dalam dunia usahawan, layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.
Pingback: 5 Tips Berniaga Sebagai Ejen - Chemilan
Pingback: Ciri - ciri Produk Yang Sesuai Dijual Oleh Agent - Chemilan