Nak makan kudapan yang tak menggemukkan?

Nak makan kudapan yang tak menggemukkan?

Caranya mudah saja, pilihlah kudapan yang sihat dan ambil dalam kuantiti yang sedikit. Antara contoh kudapan sihat yang boleh kami cadangkan adalah seperti di bawah.

Contoh kudapan sihat

1. Buah-buahan

Anda boleh beralih kepada pengambilan buah-buahan sebagai kudapan. Selain mengurangkan risiko bahaya kepada kesihatan, ia juga membantu menambah vitamin yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan. Sebagai contoh, buah oren akan dapat membantu mencantikkan kulit dengan penghasilan kolagen disebabkan oleh kandungan vitamin C yang tinggi. Ia juga dapat bertindak sebagai pelindung daripada sinaran UV.

Haa nampak tak? Makan-makan saja pun dapat mencantikkan kulit. Tak perlu lagi beli suplemen tambahan yang belum tentu berkesan terhadap badan anda. Jimat tenaga, jimat duit.

2. Sayur-sayuran

Walaupun ramai yang menunjukkan rasa tidak bersetuju dengan kudapan jenis sayur ini namun, dengan cara dan resepi yang sesuai, ia pasti akan menjadi menu kudapan kegemaran anda kelak. Antara menu yang boleh anda sediakan adalah gabungan yogurt dan sayur atau makan sahaja timun secara mentah. Timun mempunyai antioksidan yang dapat menghalang proses penghasilan radikal bebas.

Untuk makluman, jika kandungan radikal bebas terkumpul dalam badan ini semakin meningkat, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan semakin meningkat. Jadi dengan konsumasi timun ini, ia dapat mengurangkan risiko ini.

7 kerja kosong part time

3. Produk Chemilan

Untuk pengetahuan anda, produk Chemilan mempunyai kategori kudapan yang sihat. Antara yang tersenarai dalam kategori Healthy Kudap-kudap ini adalah Crispy Bitter Gourd, Garlic Crunchy dan juga Ginger Floss. Jangan lupa untuk merasai sendiri keenakan produk ini!

4. Kekacang

Tahukah anda bahawa kekacang mampu meningkatkan kesihatan penghadaman?

Okay jika anda ingin tahu, produk kekacang dapat meningkatkan kesihatan penghadaman dan membantu merawat serta mencegah beberapa isu seperti ulser usus, buasir dan juga masalah sembelit. Ia juga dapat membantu menurunkan tahap kolesterol dalam badan.

Kesan kudapan yang tidak sihat

1. Mengganggu hormon

Hormon ini akan merangsang pelbagai jenis penyakit dan keburukan terhadap sistem badan. Ia mampu merangsang segala organ atau sistem dalam badan yang membawa kepada tindakan baik atau buruk. Sebagai contoh, ia akan mengganggu hormone yang mengawal paras gula dalam darah yang akhirnya mengakibatkannya susah untuk dikawal dan mendorong kepada diabetes.

cara mudah buat ketupat palas

2. Penyumbang masalah obesiti

Tahukah anda, snek ringan ini akan menyebabkan anda ketagih dan susah untuk berhenti makan? Ini sangat merunsingkan. Jika melarat, ia akan merangsang beberapa risiko penyakit yang lebih membahayakan.

3. Masalah gigi rosak

Pengambilan gula yang berlebihan akan menyumbang kepada masalah gigi yang mudah rosak dengan karies dan plak gigi yang berlebihan. Lama kelamaan, anda berkemungkinan untuk hilang satu demi satu gigi cantik anda. Macam mana nak senyum kalau tiada gigi, kan? Takkan muda-muda lagi nak pakai gigi palsu? Jadi, fikir-fikirkan.

Kesimpulannya, kawal jumlah kudapan anda untuk mengurangkan risiko kegemukan. Pastikan anda mengamalkan amalan pemakanan yang seimbang dan lebih sihat.

Jika berminat untuk berkecimpung dalam dunia usahawan, layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
Scroll to Top