Nak makan kudapan tanpa rasa bersalah? Jom ikut 5 cara ini!

Nak makan kudapan tanpa rasa bersalah?

Siapa dekat sini yang akan ambil kudapan terutamanya bila niat nak fokus waktu buat kerja?

Kami yakin, pasti ramai yang begini.

Memang benar, sedap anda dapat, fokus pun anda dapat. Tapi anda perlu fikirkan juga tentang risiko pengambilan makanan ini yang terlalu banyak dan mungkin membahayakan kesihatan.

Antara risiko yang sering sahaja dikongsi umum adalah berkenaan masalah lemah ingatan, masalah obesiti dan meningkatkan risiko kepada masalah penyakit yang lebih serius.

Antara golongan yang perlu diberikan perhatian agar tidak terlalu obses kepada makanan ringan ini adalah mereka yang masih remaja, anak kecil, warga emas dan juga individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Mereka adalah antara golongan yang berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai penyakit berbahaya dan sepatutnya dijauhkan daripada pengambilan makanan-makanan sebegini.

Sejujurnya, tiada salahnya dalam pengambilan makanan ringan namun pastikan anda bijak mengawal kuantiti yang diambil agar tidak keterlaluan.

Jadi pada artikel kali ini, kami ingin berkongsi beberapa cara dan langkah terbaik supaya anda dapat mengawal pengambilan makanan ringan yang berlebihan.

1. Gantikan dengan kudapan yang lebih sihat

Anda boleh cuba menggantikan makanan ringan seperti keropok yang berperisa tambahan kepada jenis kudapan yang lebih sihat. Sebagai contoh, anda boleh menukarkan pengambilan keropok ringan kepada buah-buahan, sayur-sayuran atau makanan ringan yang kurang gula dan juga garam.

Epal bersama yogurt atau makanan yang telah dikeringkan juga adalah antara pilihan terbaik yang boleh diambil. Yang penting, jangan susah-susah cari jauh, order saja dari www.chemilan.com.my.

2. Hadkan dalam kuantiti yang kecil

Cara mudah untuk mengurangkan pengambilan makanan ringan ini adalah dengan mengehadkan kuantiti pengambilannya kepada yang lebih kecil. Sebagai contoh, anda boleh memindahkan kudapan ke dalam cawan kecil atau gelas berbanding hanya terus mengambilnya daripada plastik pembungkusan. Tetapkan hanya mengambilnya pada saat diperlukan dan kuantiti yang telah ditetapkan seperti hanya satu cawan kecil untuk sehari.

resepi minum petang yang lazat

3. Jangan jadikan kudapan sebagai ubat melepaskan tekanan

Kami percaya ramai di sini yang menjadikan kudapan sebagai ubat melepaskan tekanan atau masalah yang anda alami. Ini adalah sangat bahaya dan ia merupakan racun bagi tubuh dan kesihatan anda. Sebaliknya, cuba ubah cara menghilangkan tekanan ini dengan melakukan pelbagai aktiviti yang lebih berfaedah seperti mengayuh basikal atau berenang. Setidak-tidaknya, badan akan semakin sihat dan cergas selain, hati yang tenang.

4. Rancang jadual pemakanan

Untuk mereka yang lebih serius dalam menjaga kesihatan dan sentiasa berniat untuk mengambil makanan yang lebih sihat, anda boleh mula merancang jadual pemakanan dengan baik. Jadi dengan cara ini, anda akan lebih berdisiplin mengawal jenis makanan yang masuk ke dalam badan selain tempoh pengambilan makanan yang lebih teratur.

5. Buat aktiviti fizikal

Ramai yang mungkin menganggap, bersenam ini hanya untuk mereka yang ingin kurus tetapi sebenarnya ia membantu kita mencapai tubuh badan yang sihat. Jangan lupa untuk mengambil sedikit masa bagi melakukan pelbagai aktiviti fizikal seperti jogging, berenang, yoga dan sebagainya. Segala toksin dalam badan akan dapat dikeluarkan dan ia dapat mengurangkan risiko untuk menghidap pelbagai jenis penyakit. Selain itu, anda juga boleh cuba mengelakkan diri daripada terus tidur selepas makan kerana ia boleh mengganggu sistem penghadaman anda. Tunggu sebentar sehingga sekurang-kurangnya 30 minit sebelum mengambil keputusan untuk baring atau tidur selepas makan.

Ringkasnya, setiap perkara perlu mempunyai kawalan yang baik agar tidak melebihi jumlah sebenar. Walaupun ianya dianggap produk yang sihat namun pengambilan yang melampau daripada jumlah yang dicadangkan akan memberi kesan buruk kepada kesihatan. Jadi, kawal ia dengan sebaiknya.

Jika anda berminat untuk berkecimpung dalam dunia usahawan, layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
Scroll to Top