menu hari raya

Menu Hari Raya: 10 Hidangan ‘Rare’ Yang Anda Boleh Sediakan

Perkara yang selalu difikir oleh ibu-ibu semasa bulan Ramadhan adalah menu hari raya yang mereka ingin menyediakan apabila hari raya tiba.

Terdapat banyak hidangan yang boleh disediakan tetapi kebanyakkannya adalah hidangan-hidangan yang semua orang sudah biasa makan.

Oleh itu, mereka mungkin berasa bosan dan mahu perkara yang baru. Dalam artikel ini, kami akan mencadangkan 10 hidangan ‘rare’ yang anda boleh sediakan untuk menu hari raya.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat tahu dengan lanjut.

10 Menu Hari Raya

  1. Ayam Ungkep

Cadangan kami yang pertama adalah hidangan yang sangat popular di Indonesia. Hidangan ini adalah sesuai bagi mereka yang suka masakan Jawa.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan hidangan ini sangat senang untuk diperolehi kerana ia merupakan bahan-bahan yang kita sudah kenal.

Antara bahan yang diperlukan adalah daging ayan, asam jawa dan batang serai. Resepi ayam ungkep boleh dicari online kerana ramai sudah mencuba masak hidangan ini.

  1. Dodol

Dodol merupakan makanan yang digemari oleh ramai orang di Malaysia. Namun, tidak ramai menjadikannya sebagai makanan di menu hari raya mereka.

Rasa dodol yang manis sangat sesuai untuk tetamu anda makan sambil menimati hidangan berat yang lain seperti nasi dan satay.

Anda juga boleh mengubah rasa dodol ini mengikut cita rasa anda seperti rasa pisang atau durian.

menu hari raya
  1. Kelupis

Seterusnya adalah sejenis hidangan yang terkenal dalam masyarakat Sarawak iaitu kelupis. Ia adalah beras pulut yang dibungkus menggunakan daun palas.

Ia boleh dimakan dengan pelbagai makanan lain seperti rendang dan daging. Anda boleh menarik hati tetamu anda dengan menghidangkan makanan rare ini.

  1. Burasak

Burasak juga boleh dijadikan sebagai makanan di dalam menu anda pada hari raya nanti. Ia merupakan hidangan yang popular di kalangan masyarakat Bugis di Johor dan Sabah.

Seperti kelupis, ia juga boleh di makan dengan rendang. Ia sangat senang untuk dihasilkan dan menggunakan beras dan santan sebagai bahan utama.

  1. Kelamai

Hidangan rare yang seterusnya adalah hidangan yang wajib diadakan di rumah-rumah mereka yang berketurunan Rawa. Ia adalah sejenis lemang yang berwarna coklat.

Ia biasanya dimakan dengan kelapa parut dan mempunyai rasa yang sangat sedap.

  1. Serunding Kelapa

Jika anda mencari makanan yang mempunyai rasa yang ringan, anda boleh memilih serunding kelapa. Ia sangat unik dan sesuai untuk semua umur.

Rasanya yang sedap membuatnya sesuai untuk dimakan dengan pelbagai jenis makanan seperti nasi himpit, ketupat dan juga lontong.

menu hari raya
  1. Asam Pedas

Selain menjadi lauk yang sangat sedap pada hari biasa, asam pedas juga sangat sesuai untuk dijadikan hidangan pada hari raya Aidil-Fitri.

Ia digemari oleh ramai orang di Malaysia dan akan digemari oleh tetamu-tetamu anda.

  1. Kek Lapis Sarawak

Kek lapis juga sangat sesuai untuk menu hari raya anda. Penyajiannya yang cantik pasti akan menarik perhatian tetamu anda.

Anda boleh memilih aneka perisa yang banyak seperti biskut oreo, red velvet atau pandan. Rasanya yang unik sangat sedap dan juga sesuai untuk kanak-kanak.

  1. Rendang Dendeng

Selain dari rendang ayam , anda juga boleh memasak rendang dendeng dan menghidangkannya kepada tetamu-tetamu anda.

Anda boleh menjadikannya berasa sedikit pedas kerana ramai orang suka hidangan-hidangan pedas. Ia tidak susah untuk dihasilkan dan mempunyai banyak resepi online.

  1. Kuih Bahulu

Cadangan kami yang terakhir adalah kuih bahulu yang merupakan kegemaran bagi ramai orang di Malaysia. 

Rasanya yang sangat sedap dan manis sesuai untuk dihidangkan pada hari raya. Ia sesuai untuk semua umur dan sangat senang untuk dimasak.

Kesimpulannya, terdapat banyak hidangan yang anda boleh letak dalam menu hari raya anda. 

Jika anda mahu menghidangkan kuih dan kudapan pada hari raya, anda boleh pilih dari katalog Chemilan.

Chemilan adalah produk keluaran MGR Malaysia Sdn Bhd yang mengeluarkan aneka kuih-muih seperti sambal, kuih dan coklat untuk santapan anda.

Anda juga boleh dapat kan pelbagai resepi kuih muih untuk minum petang di laman web rasmi syarikat tersebut.

Selain itu, syarikat ini juga menyediakan pakej kilo untuk pelanggan di mana mereka boleh dapatkan produk tersebut dengan harga yang lebih murah.

Antara produk yang dijual oleh Chemilan ialah Sambal Goreng Crunchy, Choc-O dan beraneka kuih raya seperti Tart Nutella, Almond Paris, Sujee Cookies, Siput Cheese dan lain-lain.

Anda boleh dapat kan snek ini melalui laman web rasmi nya ataupun daripada agent-agent Chemilan yang sah.

Jana Pendapatan Dengan Chemilan

Chemilan telah membuka peluang bagi mereka yang ingin mencari duit sampingan bersama Chemilan dengan menjadi agent Chemilan. 

Bagi sesiapa yang berminat, mereka boleh menghubungi Chemilan dan membuat pembayaran mengikut pakej agent yang ditawarkan sekiranya bersetuju dengan pakej tersebut.

Dengan menjadi agent Chemilan, agent dapat menjana keuntungan sebanyak 50% dan berpeluang untuk menjadi CEO.

Agent akan diberikan latihan setiap hari dan ianya boleh dilakukan secara walk in di TGC Centre. Produk Chemilan ni mudah untuk dijual tau kerana ianya pasaran makanan.

Jangan rugikan peluang untuk menjana pendapat bersama kami! Anda boleh klik link di bawah untuk maklumat lanjut tentang perkara ini.

Klik Sini Untuk Krup Krap Yang Sedap!

Klik Sini Untuk Menjadi Ejen

Chemilan adalah satu jenama produk kudapan yang terhangat di pasaran dan sedang menjadi sebutan ramai rakyat Malaysia.

Chemilan hadir dengan beberapa variasi yang sesuai dihidangkan semasa Hari Raya nanti, seperti:

Rendang daging

Dendeng daging

Daging salai masak lemak cili api

Ketupat frozen

Hubungi Chemilan di sini 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
Scroll to Top