Mengimbau nostalgia kudapan popular zaman dulu-dulu!

Menu klasik seperti ubi rebus, lempeng sambal bilis dan banyak lagi menu lain, mampu membangkitkan suasana nostalgia zaman 70an, 80an dan 90an. Ini termasuklah sambal tempoyak ikan bilis petai, sambal goreng crunhcy dan juga crispy bitter gourd. Produk baru yang semakin popular ini mampu mengimbau nostalgia lama.

Walaupun kini banyak jenis kuih-muih serta kek moden yang enak sudah mula menguasai pasaran namun, sebahagian kuih tradisional ini tetap memiliki tarikannya yang tersendiri. Rasanya yang unik dengan nostalgia yang memukau tidak akan mampu untuk dilupakan.

Sungguhpun ciri-ciri makanan ini telah diinovasi dan diberikan sentuhan baharu namun, rasa uniknya akan terus dikekalkan. Sebagai contoh, Chemilan mengeluarkan produk yang menginovasikan makanan kegemaran semua pihak iaitu sambal tempoyak ikan bilis petai. Jika dahulu makanan ini hanya boleh dinikmati di rumah dalam masa kurang dari satu hari namun kini, anda mungkin dapat menyimpannya lebih daripada 6 bulan. Menarik bukan?

Nak bawa bersama ketika melancong pun sudah tidak menjadi masalah. Pembungkusannya yang unik dan menarik adalah nilai tambah yang dapat menarik perhatian ramai pelanggan untuk mendapatkannya.

makanan kebanggaan rakyat Malaysia

Justeru, perubahan ini telah mencetuskan satu idea kreatif yang bukan sahaja membantu kelangsungan penjualan makanan tradisional, tetapi juga dapat memudahkan para peniaga untuk menjual produk yang mempunyai kelainannya yang tersendiri.  Hal ini sekaligus dapat membantu menarik perhatian anak muda dan remaja masa kini untuk merasai dan menguar-uarkan produk tradisional tempatan.

Pada ruangan artikel kali ini, kami akan berkongsi tentang beberapa jenis kudapan popular yang mampu mengimbau nostalgia zaman dulu-dulu.

1. Gula-gula susu bento

Makanan yang manis dan berlemak dengan pelbagai perisa menarik ini adalah antara kudapan nostalgia yang paling terkenal. Dengan harganya yang murah, ia sering saja menjadi pilihan kanak-kanak dan remaja tempatan.

2. Eyeglass with candy

Haa antara banyak-banyak kudapan yang bernostalgia, eyeglass with candy inilah yang paling memberi nostalgia. Bentuk bungkusannya yang diibaratkan seperti kaca mata ini menyebabkan ramai kanak-kanak tempatan mudah tertarik dengannya.

senarai makanan sunnah

3. Wafer Apollo

Siapa yang pernah rasa wafer Apollo ni, memang legend lah orang kata. Tak pernah cuba? Awak memang rugi!

Selain kek wafernya yang gebu, ia juga mempunyai pelbagai jenis perisa yang menarik. Ada coklat, pandan, strawberi dan macam-macam lagi yang boleh bikin sesiapa sahaja jatuh cinta dengannya!

4. Keropok

Kalau bab keropok pula, macam-macam jenis keropok yang selalu menjadi peneman. Keropok ikan, keropok jagung, keropok durian, twister dan macam-macam lagi. Semuanya ada keunikan mereka yang tersendiri.

5. Super Ring

Haa yang ini memang kegemaran semua orang disebabkan oleh rasa kejunya yang tidak memuakkan tetapi membuatkan sesiapa sahaja yang memakannya untuk lebih ketagih. Walaupun puas emak melarang tetapi tiada siapa mendengarnya, kan?

Bukan ini sahaja kudapan yang menjadi igaun zaman dulu, sebenarnya, banyak lagi kudapan yang mungkin anda tahu tetapi tidak disenaraikan di sini.  Jika berminat untuk merasai produk kudapan yang baru tetapi mampu membangkitkan nostalgia zaman dulu kala, bolehlah dapatkannya di halaman www.chemilan.com.my atau instagram Chemilan. Segala produk yang dijual mungkin akan membuatkan anda tidak berhenti mengidamkannya!

Jika berminat untuk berkecimpung dalam dunia usahawan, layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.

1 thought on “Mengimbau nostalgia kudapan popular zaman dulu-dulu!”

  1. Pingback: Apa definisi & perbezaan dropship, ejen dan stokis? - Chemilan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
Scroll to Top