Kudapan Ala Kampung Paling Sedap!

Jika diperhatikan, waktu sekarang ni, memang susah betul nak dapatkan kudapan ala kampung yang sedap kan?

Hampir semua kudapan yang dihasilkan kini sudah bertukar kepada yang berunsur keju ataupun coklat. Oopss, tiada tentangan untuk itu ye dari kami, cuma ianya amat merisaukan.

Terpalit dengan isu ini, ramai juga yang tidak berpuas hati dan mula menyokong produk tempatan untuk terus berkembang. Macam-macam usaha telah dijalankan untuk terus menggerakkan kemajuan produk berunsurkan kampung dan tradisional ini. Mana tidaknya, ramai yang beranggapan jika tiada siapa yang menyuarakan isu kehilangan ciri produk tempatan ini, anak-anak pada masa akan datang terdorong untuk hanya meminati makanan berunsurkan keju dan coklat berbanding yang lain.

cara mudah buat ketupat

Justeru, pelbagai cara dan usaha mula diterapkan untuk memastikan produk tempatan ini semakin berkembang terutamanya dalam kalangan remaja kini. Memandangkan remaja lebih menggemarkan makanan ringan, jadi, sesetengah perusahaan mula memberi idea kreatif baru yang dapat menggabungkan kedua-kedua jenis produk ini. Sebagai contoh, ada pihak yang mula menjual kerepek nasi lemak, kerepek sambal dan sebagainya.

Produk Chemilan tidak terkecuali ya. Kami di sini menyediakan beberapa produk yang mungkin bersesuaian dengan citarasa anda dan remaja masa kini. Antara produk yang telah dikeluarkan berkenaan ciri-ciri ini adalah Sambal Goreng Crunchy, Ikan Masin Warisan dan juga Sambal Tempoyak Ikan Bilis. Unik, bukan?

Selalunya makanan sebegini hanya dimakan bersama keluarga setelah siap dimasak. Tetapi berbeza dengan kini, yang mana anda boleh makan pada bila-bila masa dan di mana jua. Lebih memudahkan dan lebih praktikal, bukan?

Selain rasa yang unik dan pembungkusan yang sangat kreatif, terdapat beberapa perkara lain yang menjadikan produk Chemilan ini menjadi permintaan tinggi. Antaranya adalah:

1. Sedia untuk dimakan

Selalunya, makanan seperti sambal tempoyak ikan bilis, ikan masin dan sebagainya memerlukan masa tertentu untuk dimasak terlebih dahulu sebelum dapat dimakan. Namun kini, produk Chemilan ini menawarkan produk yang sedia untuk dimakan begitu saja walaupun anda berada di pejabat. Tak perlu sediakan kuali, bahan mentah dan sebagainya. Mudah, bukan?

5 resepi rendang daging lazat

2. Proses penyediaan yang selamat

Proses-proses penyediaan yang digunakan untuk menyediakan produk ini juga adalah dari cara dan langkah yang selamat. Tiada barang terlarang digunakan serta proses yang membahayakan keselamatan pengguna.

3. Penghasilan dari sumber yang sihat

Kami sangat pasti perkara pertama yang merisaukan anda sebagai pelanggan adalah sumber yang digunakan sesuatu produk. Adakah ianya dari sumber yang baik-baik, atau membahayakan kesihatan? Ia sering menjadi tanda tanya. Tapi anda tidak perlu risau dengan produk Chemilan kerana semua produk yang digunakan sudah ternyata daripada sumber yang baik dan sihat. Untuk lebih maklumat lanjut, boleh terus ke halaman www.chemilan.com.my.

Ringkasnya kini, anda kini boleh menikmati kudapan ala kampung ini pada pada bila-bila masa dan di mana jua. Jika berminat untuk berkecimpung dalam dunia usahawan, layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.

1 thought on “Kudapan Ala Kampung Paling Sedap!”

  1. Pingback: Perspektif negatif menjual makanan patut cuba dielakkan!         - Chemilan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
Scroll to Top