Tahukah anda, produk Chemilan sudah menjadi antara kudapan terhangat di pasaran?
Ia membantu sebagai pelengkap selera walau di mana jua anda berada.
Buat penggemar makanan tempatan seperti sambal tempoyak, petai, chocolate chip dan sebagainya, inilah kudapan terbaik anda!
Dengan perkembangan perniagaan ini, kami juga membuka ruang kepada anak muda tempatan untuk terus berusaha menjana pendapatan bersama Chemilan.
Namun begitu, terdapat beberapa soalan yang hampir dikeluarkan oleh bakal ejen-ejen kami di serata negeri. Walaupun pada awalanya kami menganggap bahawa ia adalah soalan yang biasa-biasa sahaja, tetapi ternyata ia sangat penting bagi sesetengah pelanggan.
Jadi, molek lah kiranya untuk kami berkongsi tentang soalan dan jawapan ini supaya anda juga mendapat manfaatnya. Ini adalah antara 3 soalan yang sering ditanya sebelum menjadi ejen:
1. Bagaimana nak mula bisnes sambal belajar?
Kami percaya ramai pelajar ingin mencari bisnes untuk menambah duit poket perbelanjaan. Jawapan kami adalah mulalah dengan menjadi dropship. Kalau anda nak tahu, bermula sebagai dropship ini tidak memerlukan apa-apa modal ataupun yuran mahupun caj. Anda hanya perlu menyumbang tenaga serta kenalan untuk mendapatkan pelanggan. Tapi dalam masa yang sama, anda juga boleh menyimpan komisyen tanpa perlu mengorbankan masa untuk belajar.
8 kategori kudapan yang patut anda cuba
2. Bagaimana nak promosikan produk tanpa banyak modal?
Kos dalam mempromosikan produk boleh menjadi sangat tinggi bergantung kepada platform dan langkah yang anda pilih. Namun, sudah semestinya kos yang tinggi akan memberi hasil yang sangat lumayan. Tapi buat anda yang baru memulakan perniagaan dan mempunyai kos yang rendah, ia tidak menjadi masalah. Ada banyak sangat cara yang boleh anda lakukan seperti berkongsi maklumat produk di laman media sosial seperti Instagram, Whatsapp dan TikTok.
3. Bagaimana nak elak gagal dalam bisnes?
Dalam berniaga, kita memang takkan terlepas dari istilah kegagalan. Tapi bagaimana kita menguruskan kegagalan itu yang akan membawa kita sama ada untuk terus maju ke depan atau ketinggalan jauh di belakang. Di sini lah pentingnya strategi-strategi dalam perniagaan.
Ringkasnya, janganlah anda berasa takut untuk mengambil langkah pertama membina kerjaya dalam bidang keusahawanan. Tiada salahnya untuk mencuba, asalkan anda tahu matlamat setiap niat. Jadi Jika anda berminat untuk menjual produk popular yang mudah laris, boleh layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.