Ini 5 cara dapatkan hasil jualan berlipat kali ganda!

Jika anda membuat dropship atau mendaftar sebagai ejen bagi sesuatu produk, anda perlu mempunyai kelainan dan keunikan yang tersendiri untuk mendapatkan hasil jualan yang luar biasa. Ini adalah untuk menarik perhatian pelanggan untuk memilih perniagaan anda berbanding ejen yang lain.

Bayangkan lah, berapa ramai ejen yang telah mendaftar untuk sesuatu produk? Suatu angka yang sangat besar, bukan? Jadi, macam mana nak dapat pelanggan kalau cara penjualan kita tidak mengikut trending seperti ejen yang lain, kan?

Jadi, kami akan berkongsi 5 cara untuk anda dapatkan hasil jualan yang berlipat kali ganda walaupun hanya sebagai ejen.

1. Kenali target market

Ia adalah sangat penting untuk tahu target market atau prospek anda. Kalau anda jual makanan bergoreng dan berlemak kepada mereka yang sangat menjaga kesihatan dan berdiet, adakah mereka akan beli? Besar kemungkinan, tidak. Jadi, ambil tahu dahulu siapa prospek anda, apa yang mereka mahukan dan sebagainya. Bila apa yang kita jual, selari dengan apa yang mereka mahukan, maka laku keras lah produk kita.

2. Sediakan content marketing yang best

Haa yang ini pun penting. Content yang tidak menarik ataupun sendu, akan membawa kepada hasil penjualan yang sendu juga. Siapa yang nak lihat content yang tak relatable ataupun tak mampu menarik perhatian kita, kan? Kalau kita pun, kita akan abaikan saja posting untuk content sendu ni, apatah lagi pelanggan, kan?

Jadi, ambil sedikit masa untuk sentiasa memperbaharui content marketing anda!

2. Kukuhkan peminat

Bak kata orang, nak berkembang maju dengan jualan yang tinggi ni kena ada peminat sendiri. Percaya atau tidak, itu terpulang. Tapi jika anda perasan, sesetengah produk masa kini semakin berkembang maju dengan bantuan video atau lagu-lagu tema yang sangat catchy. Lama kelamaan, mereka mempunyai peminat sendiri dan setia menunggu setiap produk baru yang keluar di pasaran.

makan kudapan tanpa rasa bersalah dengan cara ini

3. Sediakan gambar WOW!

Selain content seperti copywriting, gambar yang WOW juga sangat penting untuk melengahkan sesiapa sahaja yang melihat poster atau iklan. Kalau anda nak tahu, ada juga yang membeli sesuatu produk walaupun hanya selepas melihat pada poster ataupun gambar sahaja.

4. Customer service yang bagus

Siapa yang tak suka layanan yang baik, kan? Kami percaya anda memerlukan layanan yang baik dari si penjual setiap kali membeli barangan.
Begitu juga pelanggan anda. Jika anda memberi layanan yang baik dan sangat beretika, tidak dinafikan bahawa pelanggan ini akan menceritakan tentang produk anda kepada kenalan mereka secara rela hati. Hal ini sedikit sebanyak akan membantu mengembangkan perniagaan anda.

Ringkasnya, perniagaan yang maju memerlukan strategi dan langkah yang tepat. Jadi Jika anda berminat untuk menjual produk popular yang mudah laris, boleh layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
Scroll to Top