Idea kudapan best untuk raya dan majlis!

Saban tahun, pelbagai majlis dan festival diraikan oleh seluruh kelompok masyarakat.

Majlis hari raya aidilfitri, hari raya aidiladha, majlis perkahwinan adalah antara perayaan yang sering saja diraikan kelompok tempatan. Ia adalah antara perkara yang sering dinantikan mereka disebabkan oleh kemeriahan dan kegembiraan yang dapat dirasai.

Dan untuk memeriahkan suasana ini, pelbagai juadah akan disediakan buat para tetamu yang datang berziarah termasuklah kuih raya. Tidak kira di mana keberadaan anda, juadah raya ini sangat istimewa.

Pada ruangan artikel kali ini, kami akan berkongsi beberapa idea kudapan yang best dan menarik untuk anda sediakan buat tetamu yang teristimewa.

1. Kuih bangkit

Kuih yang diperbuat daripada tepung gandum dan tepung sagu ini mampu memberikan suatu perasaan yang mengasyikkan. Ia akan mencair di dalam mulut saat dihisap dan rangup rangup saat dikunyah.

2. Kuih sarang semut

Haa, ini adalah antara biskut raya yang wajib disediakan pada setiap tahun. Bukan orang dewasa sahaja yang menyukainya malah, remaja dan kanak-kanak juga menjadikannya sebagai pilihan utama ketika beraya. Struktur biskutnya yang cepat cair dalam mulut ini mampu memikat setiap hati yang menjamunya.

7 kerja part time yang boleh anda cuba

3. Si Gendut Dark Chipster

Ini adalah salah satu produk Chemilan yang menjadi permintaan hangat para pelanggan. Biskut yang diperbuat daripada coklat hitam atau dark chocolate ini memberikan rasa yang unik dalam setiap gigitan.

4. Kuih tart cardbury

Kuih ini sesuai dijadikan kudapan sambal-sambil berehat santai, confirm cepat habis. Bayangkan saja kuih lembut yang cair di mulut dengan rasa coklat, fuh terbuai-buai rasa keenakannya.

5. Kueh Siput Salted Egg Cheese

Kalau korang dah start fikir untuk jamu makanan untuk tetamu yang datang ke rumah, boleh cuba kueh siput salted egg cheese dari Chemilan ni.

Kuih siput ni adalah salah satu kuih tradisional yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat terutamanya orang Melayu. Jika dahulu hanya perisa asli dan kari sahaja yang ada di pasaran namun kini, ada pelbagai perisa baru yang menjadi kegemaran termasuklah kueh siput salted egg cheese ini. Jika anda ingin menikmati keenakannya, boleh dapatkan di www.chemilan.com.my.

6. Red Velvet Cookies

Kalau beli red velvet cookies dari www.chemilan.com.my ni, confirm tak menyesal dah tau. Rasa memang sesedap nama. Warnanya yang merah gelap dihiasi dengan white chocolate chip di atasnya, mampu membangkitkan selera setiap individu yang melihatnya.

19 idea bisnes online dengan modal rendah

7. Chocolate Chip Cookies

Untuk sesiapa yang tidak meminati biskut berperisa red velvet, boleh mencuba chocolate chip cookies dari www.chemilan.com.my. Rasa coklat yang tidak terlalu manis, dilengkapi dengan adunan biskutnya yang lembut, pasti menjadi juadah kegemaran tetamu anda. Nak dijadikan doorgift atau goodies pun boleh ye.

8. Kuih Almond London

Gabungan biskut coklat dan kacang almond ini adalah antara kuih yang wajib dihidang pada hari raya. Setakat ini, hampir kesemua rumah yang kami pergi, akan menghidangkan kuih ini sebagai juadah. Walaupun setiap tahun dengan menu kuih yang sama, tapi tak pernah jemu, kan? Anda pula macam mana?

9. Kuih Tart Nenas Teratai

Kuih yang menjadi kegemaran ramai ini juga adalah antara menu wajib pada hari raya khususnya. Kalau tiada, tak sah rasanya!

Kesimpulannya, Malaysia kaya dengan pelbagai aneka kuih tradisional yang enak dan mampu memikat hati semua golongan masyarakat. Walaupun semakin banyak produk menggabungkannya dengan pelbagai unsur moden seperti keju dan coklat namun, ciri tradisionalnya tidak akan luput ditelan zaman. Produk dari Chemilan juga tidak terkecuali.

Anda boleh mendapatkan pelbagai kategori makanan yang mampu menggamit memori dan memberikan suatu perasaan yang memukau hanya dengan Chemilan. Jika berminat untuk berkecimpung dalam dunia usahawan, layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.

1 thought on “Idea kudapan best untuk raya dan majlis!”

  1. Pingback: 10 Kelebihan Mendaftar Sebagai (Ejen) Chemilan - Chemilan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
Scroll to Top