doorgift kahwin

Sedang Cari Idea Doorgift Kahwin? Ini 23 Idea Kreatif Doorgift Untuk Anda Cuba

Setiap kali hendak pulang dari majlis perkahwinan, pastinya anda dan tetamu lain akan diberikan doorgift kahwin oleh tuan rumah.

Ia sudah menjadi trend di majlis-majlis perkahwinan masa ini. Ada bermacam-macam corak doorgift yang kita boleh dapat semasa hendak pulang.

Pemberian ini dianggap tanda ingatan tuan rumah kepada tetamu yang hadir. Ia amat sesuai untuk majlis baby shower, sambutan hari jadi dan kenduri doa selamat.

Bagi mereka yang bakal berkahwin nanti, pemberian cenderahati kepada tetamu seperti ini adalah idea yang menarik.

Sekiranya anda belum buat pilihan lagi, berikut dikongsikan 23 idea doorgift yang menarik dan pasti disukai tetamu majlis perkahwinan.

idea doorgift kahwin

23 Idea Doorgift Kahwin Yang Unik dan Menarik

1. Kudapan

Kudapan adalah pilihan ramai pasangan pengantin untuk dijadikan sebagai doorgift kahwin.

Ramai yang menggemari kudapan sebab boleh terus dimakan begitu sahaja. Memang layan habis lebih-lebih bila ada tetamu yang perlu memandu jauh. Masuk kereta boleh terus kunyah-kunyah.

Sekiranya anda sedang mencari kudapan sebagai doorgift kahwin, dapatkannya di Chemilan. Confirm sedap!

2. Bunga Telur

kotak telur doorgift

Pemberian doorgift kahwin ini sangat evergreen dan sering mendapat tempat di kalangan pengantin.

Untuk nampak lebih moden, anda boleh gantikan bekas kotak atau kain net untuk meletakkan telur dengan bekas kaca yang lebih menarik.

3. Straw Logam

metal straws set goodies kahwin

Seriring dengan saranan kerajaan untuk mengurangkan penggunaan straw plastik, anda juga mengambil langkah positif untuk goodies kahwin anda. 

Anda boleh jadikan straw logam sebagai doorgift kahwin yang disertakan bersama berus mini. 

4. Cookies

Image result for cookies gift ideas

Mungkin pemilihan cookies sebagai cenderahati perkahwinan sudah biasa dibuat oleh orang lain.

Untuk menampakkan kelainan, apa kata anda letakkan cookies di dalam kotak yang comel beserta plastik ziplock.

5. Cupcakes

Jadikan cupcakes sebagai doorgift kahwin untuk para tetamu nanti. Pasti tetamu anda menggemarinya.

6. Madu

Madu sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan sapuan di atas roti. 

Ia boleh dijadikan cenderahati perkahwinan terkini. Cetuskan idea kreatif anda seperti memasukkan madu ke dalam botol kaca yang cantik.

7. Bunga Rampai

Image result for bunga rampai

Bunga rampai juga adalah idea goodies kahwin yang disukai ramai kerana ianya tidak memerlukan belanja yang terlalu besar.

Gabungkan hirisan daun pandan, bunga kemboja dan bunga daisi dengan pati bunga ros. Kemudian ikat bunga dan masukkan ke dalam kain mini.

8. Sejadah Mini

Ia adalah idea yang unik dan lain daripada yang lain. Pemberian sejadah mini boleh memberikan manfaat kepada tetamu majlis yang perlu mengerjakan solat di tempat-tempat rehat di lebuhraya.

Pilih rekaan sejadah yang cantik dan diletakkan di dalam paper bag yang sesuai.

9. Custom Made Chocolate Bar

Siapa yang tak suka makan coklat? Jika anda memilih untuk berikan coklat, balut kepingan coklat ke dalam pembalut yang cantik. Letakkan label pelekat nama anda dan pasangan anda.

10. Gelas Kristal

Pemberian gelas kaca sebagai hadiah tetamu majlis bukan sudah biasa.

Apa kata anda berikan gelas kristal yang boleh dijadikan sebagai hiasan di rumah tetamu anda nanti.

11.Booklet Surah Yassin

Penerapkan elemen Islamik di dalam majlis perkahwinan amat digalakkan. Selain idea sejadah mini, anda juga boleh memberikan booklet surah Yassin kepada tetamu.

12. Minyak Wangi

Para tetamu anda pasti sukakan doogift ini. Pastikan anda memilih haruman yang lembut dan sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan.

13. Macarons

macaroon set doorgift

Macarons adalah idea doorgift kahwin terkini yang mula digemari oleh rakyat Malaysia. 

Dengan bentuk manisan yang comel serta beraneka warna, ia pasti membuatkan tetamu mengingati anda.

14. Set Kutleri

Set kutleri boleh dijadikan hadiah untuk tetamu majlis.

Pilih set yang lengkap seperti set sudu, garfu dan pisau kecil. Pasti ramai tetamu menyukai pemberian ini.

15. Jem Buah-buahan

Kini terdapat pelbagai produk jem yang berada pasaran. Anda boleh pilih jem buah-buahan yang dipakejkan di dalam botol kecil yang unik.

16. Popcorn

C:\Users\User\Desktop\popcorn.jpg

Popcorn menjadi makanan pilihan masa lapang kebanyakan orang. Anda boleh cari pengeluar popcorn yang boleh menghasilkan popcorn yang sedap serta pembungkusan yang cantik.

17. Tuala Kecil

Pilih tuala daripada jenis kain yang tidak berbulu. Lipat cantik-cantik dan masukkan ke dalam paper bag

18. Sabun Wangi

Anda boleh berikan sabun wangi kepada tetamu. Ia idea yang mudah dihasilkan; cuma cari pembekal yang boleh memberikan harga murah.

Pastikan sabun dibalut dengan kain yang bercorak untuk kelihatan cantik.

19. Kipas Tangan

Image result for kipas tangan

Anda boleh menjadikan kipas tangan sebagai doorgift kahwin. Terdapat pelbagai corak dan warna yang anda boleh pilih.

Pastikan kipas tidak terlalu besar supaya mudah dimasukkan ke dalam beg.

20. Lilin Wangi

Scented candle adalah di antara goodies yang menjadi kegemaran ramai. Ia boleh digunakan sebagai wangian aromaterapi di rumah.

21. Kaktus Mini

Image result for mini cactus

Jika perkahwinan anda berkonsepkan outdoor, ini antara idea doorgift kahwin yang menarik untuk dicuba.

22. Penutup Muka

Image result for face mask cotton

Seiring dengan situasi Covid-19 sekarang, pemberian penutup hidung atau face mask pastinya akan dihargai oleh tetamu majlis anda (sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan sudah selesai.)

Material dan corak yang menarik pasti dapat memukau perhatian.

23. Hand Sanitizer (Pencuci Tangan Anti Kuman)

Image result for hand sanitizer

Sesuai dengan keadaan semasa, penjagaan kesihatan diri amat penting. Oleh itu, hadiahkan doorgift hand sanitizer kepada tetamu majlis anda.

Kesimpulan

Pemberian hadiah kahwin yang unik dan cantik dapat menggembirakan tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan anda. 

Terdapat banyak idea doorgift kahwin yang boleh anda pilih.

Sekiranya anda perlukan idea yang mudah dihasilkan, kudapan adalah pilihan yang terbaik.

Chemilan adalah satu jenama produk kudapan yang terhangat di pasaran dan sedang menjadi sebutan ramai rakyat Malaysia.

kudapan chemilan

Chemilan hadir dengan beberapa variasi, seperti Sambal Goreng Crunchy iaitu tempe dan kentang hancur yang disatukan bersama ikan bilis bermata biru.

Terdapat juga kerepek berperisa coklat yang lazat dan digemari ramai. 

Hubungi Chemilan di sini atau boleh ikuti mereka di  Facebook, dan Instagram.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
WeCreativez WhatsApp Support
Sales
Che Milan
Available
Scroll to Top