Ramai ke antara pembaca kami yang merupakan agent produk atau baru berjinak-jinak untuk bermula sebagai agent?
Sudah sedia untuk berperang menyediakan yang terbaik?
Haa asah kemahiran anda dan tingkatkan ilmu, pasti anda bersedia dengan segalanya.
Kalau anda nak tahu, kejayaan sebagai agent ini sedikit sebanyak bergantung kepada produk yang dijual.
Tidak dinafikan, memang pening nak pilih produk yang baik dan bagus yang boleh dijual dengan mudah dan senang. Ada antara produk yang mungkin viral masa kini, laju terjual dan sangat laris di pasaran namun setelah habis tempoh viralnya, sendu juga lah hasil jualannya.
Jadi buat agent yang ingin memulakan perniagaan, anda perlu tahu produk-produk yang sesuai untuk dijual. Ini adalah antara ciri-cirinya:-
1. Maklumat produk yang lengkap untuk dikongsi
Pastikan produk yang anda pilih mempunyai maklumat lengkap untuk dikongsikan kepada pelanggan. Jika anda tidak mengenali latar belakang produk yang dijual, bagaimana pelanggan ingin mempercayai dan membeli daripada anda? Jadi, pilih produk dengan maklumatnya dikongsi secara penuh dari pihak HQ. Ketahui kelebihan serta kekurangan yang mungkin terdapat pada produk anda.
2. Kualiti produk yang tinggi
Pastikan produk yang ingin dijual ini mempunyai kualiti yang tinggi dan tidak mudah rosak. Tidak kiralah sama ada ianya dari barangan jenis makanan ataupun peralatan, pastikan ia memberi kualiti yang terbaik kepada pembeli. Penjualan produk yang berkualiti tinggi akan memudahkan anda untuk mengelakkan risiko testimoni pelanggan yang negatif serta pembayaran balik untuk setiap kerosakan yang dialami pelanggan.
jom jual kudapan di 5 platform ini
3. Margin yang memuaskan
Anda juga sebaiknya perlu memilih produk yang menawarkan keuntungan dan margin yang tinggi. Sekurang-kurangnya, ia akan memberi kepuasan atas setiap usaha yang dikeluarkan ketika berniaga. Ibarat kata-kata kebanyakan orang, hasil yang setimpal dengan usaha yang diberikan.
4. Marketing yang kuat
Ciri lain yang boleh anda utamakan adalah penyediaan sistem pemasaran yang sudah kukuh dan kuat. Jadi, tidak banyak usaha yang perlu dikeluarkan sekaligus ia dapat mengurangkan kos yang diperlukan dalam bahagian pemasaran. Inilah antara kelebihan menjadi ejen dan menjual produk yang sudah ada di pasaran.
5. Sumber produk yang mudah didapati
Pilih juga produk dengan sumber yang mudah didapati. Ini termasuklah dari sumber barangan mentah dan juga produk yang ingin dijual. Bayangkan jika anda menjual produk dengan sumber bahan mentahnya yang hanya boleh didapati 2 hingga 3 kali setahun, pasti susah untuk anda konsisten menjual, bukan?
Jadi ini adalah beberapa ciri produk yang sesuai untuk anda jual sebagai ejen. Paling penting, cintailah dan sayangilah produk yang ingin dijual dan jual lah dengan seikhlas. Semoga anda dan pembeli mendapat keberkatan bagi setiap produk yang terjual.
Jika berminat untuk menjual produk popular yang mudah laris, boleh layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.