Pasti ramai antara anda di sini yang sering sahaja hilang fokus setiap kali melakukan pekerjaan, terutamanya ketika menggunakan laptop, kan?
Ada yang hanya mampu bertahan selama 15 hingga 30 minit sahaja dan selebihnya lebih banyak termenung dan melakukan perkara yang tidak berkaitan. Sudahnya, hasil kerja menjadi tidak memuaskan dan masa juga lebih banyak terbuang. Perkara ini agak merisaukan kerana kurangnya fokus akan menyumbang kepada penghasilan kerja yang tidak berkualiti.
Iya, kami tahu mungkin ada di antara anda yang kadang kala buntu mencari cara mengatasinya. Jadi pada ruangan artikel kali ini, kami akan berkongsi tentang beberapa tips dan cara yang mungkin dapat membantu anda untuk terus fokus dan menghasilkan output kerja yang terbaik.
Dan untuk fokus, anda perlu mengutamakan beberapa perkara ini.
1. Pilih persekitaran yang baik

Isu persekitaran ini adalah sangat penting terutamanya jika anda benar-benar ingin fokus terhadap sesuatu perkara. Bayangkan saja jika anda berada di kawasan taman, mampukah anda untuk fokus dengan tugas yang ingin diselesaikan? Pastinya tidak. Sudah pasti anda akan terganggu dengan individu yang berkeliaran, anak kecil yang menangis dan keadaan cuaca yang tidak menentu.
Jadi, anda perlu memilih persekitaran yang baik dan selesa supaya dapat fokus dengan tugas yang ingin diselesaikan. Kawasan yang tenang, tiada teman berborak dan suhu yang nyaman perlu diutamakan.
2. Sediakan jadual tugasan

Selain tempat, jadual yang teratur juga mungkin dapat membantu anda fokus dalam melakukan tugas. Jika anda perhatikan, kehidupan akan menjadi lebih teratur dengan jadual yang telah disediakan. Anda akan terdorong untuk mengikuti masa yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, jika anda sudah menetapkan masa selama 1 jam untuk melakukan sesuatu tugasan, anda akan terdorong untuk mengikutnya dan tidak terleka. Hal ini kerana anda akan terikat kepada jadual yang telah ditetapkan.
3. Sediakan kudapan

Tak dinafikan bahawa hampir kesemua daripada kita akan mengambil kudapan agar dapat membantu mencapai tahap fokus yang lebih tinggi. Dan ia tiada salahnya sama sekali. Namun begitu, anda perlu tahu bahawa tidak semua makanan sesuai dijadikan kudapan. Makanan yang tinggi gula dan garam mungkin akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan. Jadi, anda boleh cuba memilih buah-buahan dan snek sihat sebagai pilihan kudapan. Sebagai contoh, kudapan dari www.chemilan.com.my mungkin adalah pilihan yang terbaik.
4. Ambil masa rehat

Okay baik. Pasti anda mengharapkan hasil yang terbaik untuk setiap tugasan yang diterima, kan? Dan untuk mendapatkan hasil kerja yang terbaik dan berkualiti ini, anda memerlukan fokus yang tinggi. Rehat yang cukup adalah sangat penting bagi mendapatkan fokus yang baik. Selain waktu tidur yang mencukupi, anda juga boleh meluangkan sedikit masa untuk berehat setiap kali melakukan tugasan.
Sebagai contoh, luangkan masa 10 hingga 15 minit dengan berjalan-jalan, melihat kehijauan atau pergi ke tandas selepas satu jam fokus melakukan tugas tanpa henti. Dengan cara ini, anda akan dapat menyegarkan kembali minda dan memberi ganjaran kepada diri kerana telah melakukan tugas dengan baik. Jadi, anda akan berasa lebih seronok, teruja dan tidak terbeban dengan setiap tugasan.
5. Utamakan tugasan penting

Ingat ya, utamakan tugasan yang penting terlebih dahulu supaya anda mempunyai motivasi untuk menyelesaikannya dengan lebih cepat. Jadi dengan cara ini, lebih banyak tugasan dapat diselesaikan dengan cepat memudahkan urusan anda.
Ringkasnya, keadaan sekeliling sangat berpengaruh dalam membantu anda mencapai tahap fokus yang tinggi termasuklah, kudapan dari www.chemilan.com.my. Jika berminat untuk berkecimpung dalam dunia usahawan, layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.