Apa definisi & perbezaan dropship, ejen dan stokis?

Sekarang ni kalau anda perasan, sana sini orang buat side income. Namun kebanyakan daripada mereka akan memilih produk sedia ada dan menjualnya kembali. Ia adalah lebih mudah. Tak perlu lagi pening kepala memikirkan bahan mentah, proses penyediaan dan sebagainya. Hanya perlu menjual dan berinteraksi dengan HQ dan pelanggan sahaja.

Kebanyakan mereka yang memulakan side income ini adalah dengan menjadi dropship, agent dan juga stokis. Agent adalah untuk mereka yang taknak keluarkan modal yang banyak, ada juga yang pilih untuk menjadi agent yang dapat pegang stok produk dan ada juga yang memilih untuk menjadi stokis.

Untuk mereka yang sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan, mungkin sudah sedia maklum apakah definisi dan tugas yang dilakukan oleh setiap tahap perniagaan ini tetapi tidak untuk mereka yang baru turut serta. Jadi, apakah sebenarnya definisi dan perbezaan di antara dropship, ejen dan stokis?

Tapi sebelum itu, izinkan kami berkongsi gambaran secara lebih mudah:

HQ > Stokis > Ejen > Dropship > Pelanggan

1. Definisi dropship

Dropship adalah suatu konsep perniagaan yang sangat mudah dan ringkas yang mana para penjual tidak memerlukan modal dan stok untuk menjual. Anda hanya memerlukan gambar dan info produk melalui agent untuk mempromosi produk di laman media sosial milik anda.

Setelah mendapat pelanggan, anda hanya perlu menghantar butiran maklumat pelanggan beserta produk yang dibeli kepada pihak agent atau HQ tanpa perlu risau memikirkan proses seterusnya. Komisyen akan diberikan pada masa yang telah ditetapkan.

Jadi, percayakah anda jika kami katakan bahawa dropship adalah sangat sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan online? Mudah bukan?

2. Definisi ejen

Ejen ini hampir sama dengan dropship cuma mereka akan memegang stok produk yang dibeli daripada pihak stokis. Kebiasaannya, mereka akan mengeluarkan sedikit modal untuk membeli produk dengan jumlah minimum stok yang telah ditetapkan dan membayar yuran keahlian. Namun begitu, ianya bergantung kepada pihak stokis dan ejen.

Keuntungan yang diperoleh oleh ejen juga adalah lebih sedikit berbanding dropship. Selalunya, dropship yang sudah mencapai target dan hasil jualan yang tinggi akan menaik taraf kepada ejen dengan keuntungan yang lebih banyak. Ejen juga boleh merekrut dropship di bawah mereka untuk membantu mendapatkan lebih banyak pasaran pelanggan.

kudapan popular zaman dulu

3. Definisi stokis

Untuk menjadi stokis, anda memerlukan modal yang besar untuk membeli stok produk.

Stokis merupakan wakil dari pihak HQ di mana mereka akan membeli stok produk dalam kuantiti yang banyak dan membekalkannya kepada ejen di bawahnya. Jadi, ejen akan membeli stok produk secara terus daripada stokis tanpa perlu berurusan dengan pihak HQ.

Istimewanya dengan stokis ini adalah kebanyakan daripada mereka akan membuka kedai atau stor perniagaan sendiri. Income yang diperoleh juga akan mencapai ribuan ribu ringgit dan mempunyai team jualan yang tersendiri.

Ringkasnya, setiap tahap ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri, yang penting perlu tahu kemampuan dalam perniagaan. Jika tidak mempunyai modal tetapi tersedia banyak tenaga, boleh mendaftar sebagai dropship terlebih dahulu sebelum bergerak maju kepada ejen dan juga dropship.

Jadi, siapa kata meniaga ni perlu keluarkan produk sendiri?

Tidak sama sekali!

Anda tetap boleh berkembang dengan produk sedia ada. Jika banyak produk yang dijual, banyaklah untung yang bakal anda dapat.

Jika berminat untuk menjual produk popular yang mudah laris, boleh layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
Scroll to Top