Siapa dekat sini yang nak tahu tentang 8 kategori kudapan yang patut anda cuba?
Haa, bila bercakap tentang kudapan ni, macam-macam jenis makanan ringan yang berlegar-legar dekat minda. Betul tak?
Dari jenis yang tidak menyihatkan sehingga lah kepada makanan ringan yang sihat, semuanya boleh membuatkan air liur meleleh setiap kali membayangkannya.
Yang pasti setiap daripadanya membangkitkan nostalgia yang tersendiri.
Jika anda adalah anak kelahiran pada zaman 90an, pastinya makannan ringan jenis Super Ring atau keropok durian menjadi pilihan anda zaman dulu. Tapi bagi anak-anak masa kini, produk Chemilan menjadi igauan hangat yang senantiasa menjadi tumpuan.
Eh, bukan sahaja dalam kalangan anak-anak ye, malah ibu bapa juga turut sama terjebak menjadikan produk Chemilan sebagai kudapan kegemaran di kala masa senggang atau berkumpul bersama keluarga.
Selain pembungkusannya yang menarik dan mampu menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat, kepelbagaian kategori produknya juga menjadi antara sebab produk ini semakin hangat di pasaran.
Siapa yang pernah cuba, pasti tahu bagaimana kualiti produk yang dipamerkan.
Tiada istilah ‘first and last’ untuk setiap pelanggan tetapi hanya ungkapan ‘worth to buy, I will repeat’ yang sering menjadi testimoni pelanggan yang sudah membeli.
Jadi, apa tunggu lagi?
Ini antara 8 kategori kudapan yang patut anda cuba!
1. Kudap-kudap

Kami pasti ramai yang terganggu dengan keadaan sekeliling setiap kali menyiapkan kerja menggunakan laptop. Susah betul nak fokus, kan? Haa apa kata anda cuba kudap-kudap dari Chemilan ni.
Macam-macam pilihan yang boleh anda pilih antaranya adalah Sambal Goreng Crunchy, Ikan Masin Warisan dan Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai. Unik kan?!
2. Kueh

Jangankan kerepek, kueh pun ada tau dekat Chemilan ni. Admin paling suka yang Mini Gendut Chipster-Double Shot tu. Peh, memang layan betul sambal-sambil buat kerja.
3. choc-o!

Produk coklat Chemilan ni pun bukan biasa-biasa tau. Selain rasa dia yang ala-ala coklat premium tu, bentuk dan warna coklat tu sendiri sudah mampu menarik perhatian. Antara produk yang ditawarkan untuk kategori ini adalah almond milk, almond sesame, almond cookies & cream, almond dark stevia, boost cube chocolate, colourful block chocolate dan limited edition chocolate.
4. Healthy kudap-kudap

Sesetengah orang ada yang risau dengan bahayanya makanan ringan terhadap faktor kesihatan kan? Tapi dengan Chemilan ni, anda tak perlu risau! Kudap-kudap yang jenis sihat pun ada tau dan antaranya adalah Crispy Bitter Gourd, Garlic Cruncy dan Ginger Floss.
5. Dapur Chemilan

Cair di mulut, lekat di hati, buat anda yang meminati biskut klasik yang diberi sentuhan moden dari Chemilan ini. Jika anda menganggap biskut dari dapur chemilan ini adalah sama seperti produk lain di luar sana, maka anda salah. Biskut Chemilan mempunyai rasa yang unik dan luar biasa yang dapat membangkitkan rasa unik yang mampu menggamit memori indah.
Antara produk yang tersenarai dalam kategori ini adalah red velvet cookies, oat & raisin cookies, chocolate chip cookies, kueh siput salted egg cheese, original si gendut chipster dan si gendut dark chipster.
Ini adalah antara kategori produk yang banyak menjadi permintaan pelanggan-pelanggan tempatan. Namun begitu, bukan ini sahaja. Terdapat 3 lagi kategori produk yang mungkin akan menjadi pilihan pelanggan sedia ada dan pelanggan baru iaitu popcorn, kurma dan frozen raya.
Apa-apapun, produk Chemilan adalah produk terhangat di pasaran pada masa kini. Jadi, rugilah kalau anda tidak menjadi antara yang terawal menikmati keenakan produk ini.
Jika anda mencari sumber bagi menambahkan pendapatan, jom sertai Chemilan sebagai salah seorang ejen dan pengedar sekarang. Layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.