kerja kosong part time

7 Kerja Kosong Part Time Paling Hot Semasa PKP & COVID-19

Sedang mencari kerja kosong part time yang anda boleh mula hanya di rumah?

Sebenarnya, terdapat banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang ingin menjana pendapatan sampingan tanpa perlu keluar rumah. 

Malah ada kerja yang anda boleh mulakan dengan tanpa modal.

Sekiranya anda ingin mengetahui apakah kerja kosong yang anda boleh lakukan hari ini, ikuti artikel ini sehingga habis.

Hari ini kita lihat ramai melakukan lebih dari satu kerja, iaitu kerja part time di rumah.

Ada juga kerana minat yang mendalam pada sesuatu perkara, mahu pun kerana mahu mencari pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan harian dan bulanan yang bertambah.

Terdapat mereka yang terpaksa mencari kerja kosong semenjak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak COVID-19.

Apa yang penting adalah anda perlu membuat kajian untuk menentukan kesahihan pekerjaan itu.

Berikut adalah beberapa peluang pekerjaan yang anda boleh pilih:

Jenis-Jenis Kerja Kosong Part Time Yang Lumayan

Di sini kami kongsikan beberapa kerja kosong yang anda boleh cuba, atau berkongsi bersama rakan-rakan yang mungkin sedang mencari duit poket tambahan.

1.Ejen Produk

Buka sahaja Facebook atau Instagram, pasti banyak iklan produk yang popup dan menarik perhatian pengguna, kan?

Katakan apa sahaja, dari produk penjagaan bayi, kecantikan sehinggalah ke alat kelengkapan rumah, semuanya dijual di pelbagai platform media sosial.

Jika anda seorang yang pandai bercakap, anda boleh membuat promosi melalui video. Jika anda seorang yang pandai menulis, anda boleh muatnaik posting yang kreatif dan menarik minat orang lain.

Pastikan anda memilih produk yang dikenali, dipercayai dan mempunyai review yang positif supaya memudahkan anda untuk melakukan kerja-kerja pemasaran.

Ada pelbagai sumber yang membolehkan anda memperolehi produk dengan mudah.

Jika anda berminat dengan produk kudapan, Chemilan boleh menjadi pemula kerja part time anda di rumah.

2. Menjual Makanan atau Minuman

Anda juga boleh berniaga makanan dan minuman secara online.

Makanan sedia dimakan, makanan sejuk beku dan lain-lain antara pilihan anda boleh pertimbangkan.

Selain itu, menjual air buah dalam botol juga menjadi tren dalam waktu-waktu sebegini.

Inilah peluang anda untuk menjual makanan dan minuman online dengan kreatif. 

Mungkin dengan pembukusan yang menarik, anda boleh tarik perhatian orang ramai.

3. Penulis

kerja kosong part time penulis

Ini juga antara kerja part time yang anda boleh lakukan secara santai di rumah. Apa yang anda perlukan adalah laptop dan sambungan Internet.

Jika anda seorang yang rajin menulis dan berkongsi cerita, tips dan panduan contohnya di Facebook, kepakaran ini anda boleh gunakan untuk mereka yang berniaga secara atas talian.

Ia bertujuan untuk penjenamaan semula atau menaikkan traffic ke website bisnes mereka.

4. Pereka Grafik

Menjadi pereka grafik juga merupakan salah satu peluang kerja kosong yang sentiasa ada permintaan. Kerja ini sangat baik sekiranya anda seorang yang kreatif.

Terdapat pelbagai lawan web yang anda boleh layari untuk mencari kerja seperti Facebook, Fiverr, UpWork dan sebagainya.

5. Personal Shopper

Lebih dikenali sebagai ‘Personal Shopper’, ini merupakan satu perkhidmatan yang anda boleh sediakan dalam waktu PKP sekarang ini.

Anda boleh sediakan perkhidmatan membeli barang runcit, membeli makanan dan lain-lain untuk pelanggan anda.

6. Influencer

Influencer merupakan salah satu peluang kerja yang semakin mendapat permintaan terutamanya golongan muda.

Anda boleh meraih pendapat yang sangat lumayan. Apa yang anda perlu hanya adalah keyakinan dan karisma yang tinggi supaya dapat meraih followers.

Jika anda pandai membuat connection dengan followers anda, anda boleh menjana pendapatan sehingga lima angka melalui review produk dan penajaan.

7.Penyunting

Jika kebetulan anda bekerja dalam bidang penerbitan di sesuatu syarikat, anda boleh juga gunakan kelebihan yang anda untuk buat part time di rumah, seelok-eloknya pada hujung minggu.

Anda boleh tawarkan perkhidmatan anda sebagai freelancer dan bayaran dilakukan mengikut jumlah jobs yang anda terima dalam sesuatu tempoh tersebut.

Tips Untuk Mencari Kerja Kosong Part Time

Dalam masa anda mencari kerja part time di rumah untuk menambah pendapatan bulanan, suka untuk ingatkan anda supaya sentiasa berhati-hati.

Pertama; sentiasa periksa kewujudan sesebuah syarikat itu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Adalah lebih meyakinkan jika profil syarikat dilengkapi dengan nombor pendaftaran SSM.

Kedua; jangan bulat-bulat percaya dengan iklan yang anda lihat. Ingat, sentiasa selidik latar belakangnya di laman carian atau hubungi nombor yang diiklankan.

Ketiga; sentiasa tanamkan rasa was-was jika iklan pekerjaan itu memerlukan anda untuk mengeluarkan duit terlebih dahulu. Ramai yang tersilap dengan langkah ini menyebabkan ada di kalangan kita rugi hingga beribu-ribu ringgit.

C:\Users\User\Desktop\chemilan.png

Jika anda sedang mencari kerja kosong yang mempunyai potensi, Chemilan pasti jawapannya!

Ia merupakan jenama produk kudapan terhangat di pasaran dan disukai oleh ramai orang.

C:\Users\User\Desktop\produk.jpg

Lebih menarik, anda boleh mempromosikan tiga jenis perisa Chemilan, iaitu Sambal Goreng Crunchy, Coklat dan Kueh.

Terdapat banyak manfaat yang anda boleh perolehi dengan menjadi ejen Chemilan.


Hubungi Chemilan di sini atau boleh ikuti mereka di  Facebook, dan Instagram.

Klik Sini Untuk Mendaftar Sebagai Ejen Chemilan

1 thought on “7 Kerja Kosong Part Time Paling Hot Semasa PKP & COVID-19”

  1. Pingback: Nak makan kudapan yang tak menggemukkan? - Chemilan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
Scroll to Top