Sama ada anda sedang mencari pendapatan tambahan atau kerja sambilan, kerja part time di rumah menjanjikan pulangan yang lumayan sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Di dalam artikel ini, anda akan mengetahui beberapa jenis kerja sambilan yang anda boleh mulakan di rumah.
Malah ada kerja yang anda boleh mulakan dengan tanpa modal.
Anda juga akan didedahkan dengan tips untuk mencari kerja part time yang boleh dipercayai dan diyakini.
Teruskan membaca.
Hari ini kita lihat ramai melakukan lebih dari satu kerja, iaitu kerja part time di rumah.
Ada juga kerana minat yang mendalam pada sesuatu perkara, mahu pun kerana mahu mencari pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan harian dan bulanan yang bertambah.
Dengar cerita ramai yang buat kerja part time dari rumah semenjak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung wabak COVID-19.
Kalau anda perasan, banyak iklan di Internet berkenaan kerja-kerja dari rumah. Cuma anda kena kaji kesahihan dan sumbernya supaya tidak ditipu.
Jenis-Jenis Kerja Part Time Di Rumah Yang Popular
Di sini kami kongsikan beberapa kerja part time yang anda boleh cuba, atau berkongsi bersama rakan-rakan yang mungkin sedang mencari duit poket tambahan.
1. Ejen Produk
Buka sahaja Facebook atau Instagram, pasti banyak iklan produk yang popup dan menarik perhatian pengguna, kan?
Katakan apa sahaja, dari produk penjagaan bayi, kecantikan sehinggalah ke alat kelengkapan rumah, semuanya dijual di pelbagai platform media sosial.
Jika anda seorang yang pandai bercakap, anda boleh membuat promosi melalui video. Jika anda seorang yang pandai menulis, anda boleh muatnaik posting yang kreatif dan menarik minat orang lain.
Pastikan anda memilih produk yang dikenali, dipercayai dan mempunyai review yang positif supaya memudahkan anda untuk melakukan kerja-kerja pemasaran.
Ada pelbagai sumber yang membolehkan anda memperolehi produk dengan mudah.
Jika anda berminat dengan produk kudapan, Chemilan boleh menjadi tempat anda bermula kerja part time anda di rumah.
2. Penulis
Ini juga antara kerja part time yang anda boleh lakukan secara santai di rumah. Apa yang anda perlukan adalah laptop dan sambungan Internet.
Jika anda seorang yang rajin menulis dan berkongsi cerita, tips dan panduan contohnya di Facebook, kepakaran ini anda boleh gunakan untuk mereka yang berniaga secara atas talian.
Ia bertujuan untuk penjenamaan semula atau menaikkan traffic ke website bisnes mereka.
3. Pereka Grafik
Ramai mereka yang terlibat dalam bidang kreatif ini hanya bekerja dari rumah. Tak perlu masuk pejabat ikut jam bekerja yang normal.
Tak salah kembangkan kemahiran yang anda anda untuk membantu peniaga kecil-kecilan dengan mereka logo jenama dan produk yang hendak dipasarkan.
4. Chef Online
Anda minat memasak? Suka berkongsi hasil masakan anda bersama rakan-rakan di media sosial?
Mungkin ini antara sumber pendapatan sampingan yang anda boleh terus lakukan.
Kalau anda nak tahu, rata-rata influencer yang handal memasak di Instagram bermula dengan minat untuk berkongsi resepi dan cara masakan.
Sehinggalah mereka dikenali dan menerima sponsorship dari pelbagai jenama dan produk untuk digunakan dalam masakan mereka, dan dalam masa yang sama melakukan promosi untuk pihak tersebut.
5. Influencer
Hari ini, influencer bukan sekadar artis-artis terkenal yang kita nampak di kaca televisyen.
Ada juga individu biasa namun mempunyai pengikut yang ramai di media sosial yang dikenali kerana popular atau kemahiran mereka dalam sesuatu perkara.
Contohnya mereka yang pandai make-up dan suka muat naik hasil solekan mereka di laman sosial. Malah turut memberi khidmat kepada orang luar.
Panduan penting, pastikan anda tidak kaku di hadapan kamera, petah bercakap dan boleh meyakinkan followers anda.
6. Penyunting
Jika kebetulan anda bekerja dalam bidang penerbitan di sesuatu syarikat, anda boleh juga gunakan kelebihan yang anda untuk buat part time di rumah, seelok-eloknya pada hujung minggu.
Anda boleh approach mereka yang menawarkan khidmat ini sebagai freelancer dan bayaran dilakukan mengikut jumlah jobs yang anda terima dalam sesuatu tempoh tersebut.
7. Akauntan
Tahukah anda, ramai yang boleh menerima duit sampingan hingga lima angka dengan hanya membantu seseorang atau sesebuah syarikat untuk mengimbangi buku akaun mereka.
Rajin-rajinlah buat network dengan mereka yang berniaga dan tawarkan khidmat anda dengan kadar yang berpatutan.
Mana tahu hasil kerja anda disukai dan mereka sentiasa mahukan khidmat anda.
Tips Untuk Mencari Kerja Part Time
Dalam masa anda mencari kerja part time di rumah untuk menambah pendapatan bulanan, suka untuk ingatkan anda supaya sentiasa berhati-hati.
Pertama; sentiasa periksa kewujudan sesebuah syarikat itu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Adalah lebih meyakinkan jika profil syarikat dilengkapi dengan nombor pendaftaran SSM.
Kedua; jangan bulat-bulat percaya dengan iklan yang anda lihat. Ingat, sentiasa selidik latar belakangnya di laman carian atau hubungi nombor yang diiklankan.
Ketiga; sentiasa tanamkan rasa was-was jika iklan pekerjaan itu memerlukan anda untuk mengeluarkan duit terlebih dahulu. Ramai yang tersilap dengan langkah ini menyebabkan ada di kalangan kita rugi hingga beribu-ribu ringgit.
Tanyalah mereka yang lama berkecimpung dalam perniagaan, pasti mereka akan katakan bidang ini menyeronokkan meskipun ada pasang surutnya.
Jika anda sedang mencari kerja part time di rumah, Chemilan pasti jawapannya!
Ia merupakan jenama produk kudapan terhangat di pasaran dan disukai oleh ramai orang.
Lebih menarik, anda boleh mempromosikan tiga jenis perisa Chemilan, iaitu Sambal Goreng Crunchy, Coklat dan Kueh.
Terdapat banyak manfaat yang anda boleh perolehi dengan menjadi ejen Chemilan.
Hubungi Chemilan di sini atau boleh ikuti mereka di Facebook, dan Instagram.
I need some people who work part-time or full-time on the Internet. Do you want to earn Rm100-800 every day?
Pingback: Kerja Part Time Di Rumah – EurothermSupply
Berapa ringgit satu pek untuk di jual
hai Rosni, Satu pack utk sambal goreng ti rm30/pack.
Bagaimana cara jual produk ini
untuk penjualan Product CHemilan Pn prema boleh jd Agent dahulu. dan kami akan buatkan ID for system.boleh tinggalkan no telephone .