Kami di sini berbesar hati untuk berkongsi beberapa tips menarik untuk anda yang ingin mula berniaga sebagai ejen. Jangan lupa untuk ambil perhatian dan ikuti setiap tips yang dikongsi ini.
1. Kenal pasti produk yang ingin dijual
Perkara pertama sebelum berniaga adalah anda perlu tahu apakah jenis barangan yang ingin dijual. Adakah produk jenis makanan? Atau barangan dan juga servis?
Ini yang perlu anda kenal pasti!
Ambil tahu setiap kelebihan dan kekurangan produk serta cara terbaik dalam mempromosinya. Mengetahui kekurangan produk sepatutnya tidak mengurangkan semangat anda dalam memulakan perniagaan tetapi sebaliknya ia akan mendorong anda untuk mencari solusi.
Anda perlu mengenal pasti setiap maklumat produk yang diperlukan dan membuat research tentang latar belakangnya. Walaupun ia kedengaran seperti terlalu banyak proses yang diperlukan namun, sekurang-kurangnya anda mampu berhadapan dengan pelbagai risiko kelak.
2. Daftar perniagaan di ssm
Tips kedua yang boleh diikuti adalah dengan mendaftar perniagaan anda di laman SSM. Dengan mendaftarkan syarikat sendiri melalui SSM ini, sedikit sebanyak ia akan membantu memberikan keyakinan kepada pelanggan atau pelabur yang ingin berurusan dengan cara yang lebih formal dan rasmi. Ia sekaligus akan memudahkan anda untuk menyertai apa-apa program yang telah disediakan oleh pihak kerajaan seperti program keusahawanan dan sebagainya.
jom jual kudapan di 5 platform ini
3. Tingkatkan ilmu pemasaran dan perniagaan
Sesiapa sahaja yang ingin berniaga perlu mendapatkan dan meningkatkan ilmu terutamanya dalam bidang pemasaran dan perniagaan. Ingat ye sahabat sekalian, berniaga ini bukan sesuatu yang mudah. Bukan hanya setakat anda ambil stok, buat promosi untuk 3 hingga 4 minggu dan automatik anda mendapat pelanggan yang ramai atau jualan berlipat kali ganda.
Perspektif begitu adalah salah sama sekali ye. Anda perlu menjalankan pelbagai usaha dan merancang beberapa strategi yang lengkap untuk mencapai proses dan pengalaman berniaga yang menarik. Dan untuk merancang strategi ini, dengan jelas anda memerlukan ilmu. Jadi, dapatkan seberapa banyak ilmu yang boleh anda dapatkan dan gunakan ia pada jalan yang terbaik terutamanya buat pemasaran.
4. Urus kewangan dengan baik
Perniagaan dengan jualan yang tinggi tetapi tidak menguruskan kewangan dengan baik pun tiada ertinya. Jadi, tips seterusnya adalah untuk menguruskan sistem kewangan dengan baik. Anda perlu ingat bahawa apa-apa jenis perniagaan memerlukan pengurusan kewangan yang baik kerana ia ibarat nadi dalam perniagaan. Walaupun hasil jualan yang diperoleh itu tinggi namun dengan pengurusan kewangan yang tidak sihat, ia akan mampu menumbangkan perniagaan.
5. Tingkatkan kenalan
Adakah anda perasan bahawa perniagaan yang mempunyai ramai kenalan mampu berkembang dengan lebih pantas? Inilah hakikatnya. Semakin ramai kenalan yang anda ada, semakin besar peluang untuk produk anda dikenali ramai. Hal ini kerana pengguna lebih cenderung untuk membeli produk yang mereka percayai. Jadi, tingkatkan kenalan anda!
Ringkasnya, setiap perniagaan tidak akan berdiri dengan sendiri tanpa usaha dan strategi yang baik. Jadi bagi anda yang baru memulakan perniagaan atau yang telah menjalankan perniagaan, moleklah kiranya jika anda dapat mempelajari dan mengikuti tips-tips yang telah dikongsi.
Jika berminat untuk menjual produk popular yang mudah laris, boleh layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.