kudapan petang

5 Resepi Kudapan Minum Petang Yang Sedap Dinikmati

Tak tahu nak makan apa petang ni? Ke tengah siapkan snek petang? Mungkin nak cuba resepi kudapan minum petang yang mudah dibuat?

 

 

Krup krap dekat rumah aje. Tak perlu keluar nak beli popcorn pun!

Jom cuba resepi mudah kudapan petang ini!

 

 

Nak Makan Apa Petang Ni?

kudapan cornflakes

Kudapan petang telah menjadi salah satu benda wajib bagi masyarakat Malaysia sejak dari dulu lagi. 

 

 

Apatah lagi pada zaman sekarang yang terdapat pelbagai jenis kudapan yang baharu!

 

 

Di sini kami sertakan resepi kudapan tradisional dan juga moden yang menyelerakan untuk anda cuba di rumah!

 

 

Resepi Kudapan Petang Yang Anda Boleh Cuba

Resepi Puding Sagu Melaka

puding sagu

Di sini, kami bahagikan bahan-bahan Puding Sagu Melaka kepada tiga bahagian.

 

 

Bahan-bahan:

  1. Sagu

  1. 1 1/2 cawan sagu
  2. 1 liter air (jika perlu tambah air, tambah sedikit demi sedikit semasa merebus buah sagu)

  1. Kuah Santan

  1. 2 1/2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
  2. 1 sudu besar tepung beras dan 1 sudu kecil garam
  3. 1 helai daun pandan, carik dan simpul.
  4. Santan juga boleh digantikan dengan susu cair.

  1. Sirap Gula Melaka

  1. 1 ketul besar gula Melaka
  2. 3 sudu besar gula merah serbuk Thai
  3. 2 sudu besar gula pasir
  4. 1 helai daun pandan, carik dan simpul

Cara-cara penyediaan:

 

  1. Sagu
  2. Rendamkan biji sagu bersama air selama 1/2 jam.

  1. Rebus sagu di atas api perlahan sehingga hilang putih di tengah-tengah biji. Tambahkan sedikit air supaya sagu masak dengan sempurna jika kekurangan air.

  1. Tuang sagu di atas penapis dan bilas dengan air mengalir supaya kanjinya keluar dan masukkan warna kesukaan anda dan kacau sehingga sebati. 

  1. Sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit. 

  1. Kuah Santan
  2. Masak santan bersama tepung beras, daun pandan serta garam di atas api perlahan dan kacau agar santan tidak berketul.

  1. Sirap Gula Melaka
  2. Masukkan air, gula melaka, gula merah Thai, gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk dan masak sehingga sirap pekat dan mendidih.

Resepi Kek Batik

kek batik kudapan petang

Bahan-bahan:

 

  1. 25 keping biskut Marie.
  2.  ¾ tin susu pekat manis.
  3. 4 sudu besar serbuk milo.
  4. 2 sudu besar serbuk koko.
  5. 200 gram mentega.

Cara- cara penyediaan:

 

  1. Panaskan kuali dan masukkan 200 gram mentega dan kacau sehingga ia cair.

  1. Masukkan ¾ tin susu pekat dan kacau sehingga sebati.

  1. Masukkan serbuk milo dan koko dan kacau adunan sehingga menjadi pekat.

  1. Tutupkan api dan masukkan biskut marie yang telah dihancurkan dan gaul sehingga rata.

  1. Alihkan adunan ke loyang dan sejukkan selama 5-6 jam sebelum siap dihidang.

Resepi Biskut Cornflakes Coklat

biskut cornflakes

Bahan-bahan:

  1. 200 gram cornflakes
  2. 400 gram coklat
  3. 50 gram badam di bakar sehingga rangup.

Cara-cara penyediaan:

  1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.

  1. Masukkan cornflakes bersama badam setelah coklat cair dan tak berketul. Kacau sehingga rata.

  1. Ambil satu sudu cornflakes dan masukkan ke dalam cawan kertas dengan segera

  1. Sejukkan pada suhu bilik sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara.

Resepi Roti Goreng Sosej Keju

roti goreng sosej

Bahan-bahan:

  1. Sebungkus roti Gardenia
  2. Sosej
  3. Keju
  4. 2 Biji telur

Cara-cara penyediaan:

  1. Sediakan 2 keping roti dan letakkan keju terlebih dahulu.

  1. Letakkan sosej yang dipotong kecil ke atas keju tersebut.

  1. Tekap kan sekeping roti lagi ke atas sosej dan keju tersebut. 

  1. Pecah kan telur dan kacau sehingga sebati dan celupkan roti sehingga rata.

  1. Siap untuk dihidang!

Resepi Kuih Cek Mek Molek

kudapan petang kuih cek mek molek

Bahan-bahan

  1. Ubi keledek berwarna oren
  2. Tepung gandum
  3. Gula

Cara-cara penyediaan:

  1. Rebus ubi keledek sehingga empuk dan lenyekkan.

  1. Uli ubi keledek yang dilenyekkan tadi bersama tepung gandum sehingga adunan lembut.

  1. Bentukkan adunan dalam bentuk membujur dan masukkan sedikit gula.

  1. Goreng dalam minyak panas yang banyak dengan api perlahan agar gula hancur dan angkat bila kekuningan.

  1. Sedia untuk dihidang!

Kesimpulannya, terdapat pelbagai resepi kudapan ringan dan menu minum petang yang mudah dan kita boleh buat di rumah tanpa perlu ke kedai.

 

Selain itu, resepi seperti resepi kudapan cornflakes di atas boleh disimpan sehingga dua atau tiga minggu dan tidak perlu di buat berkali-kali.

 

Bagi mereka yang tiada ada masa untuk membuat resepi di atas dan mencari resepi kudapan sihat dan rangup, antara jenama yang anda boleh cuba adalah dari Chemilan.

 

Chemilan merupakan produk keluaran MGR Malaysia Sdn Bhd di mana ianya telah mengeluarkan kudapan viral seperti sambal, kuih dan coklat.

 

Syarikat ini juga menyediakan pakej kilo untuk pelanggan di mana mereka boleh dapatkan produk tersebut dengan harga yang lebih murah.

 

Jana Pendapatan Sampingan bersama Chemilan

Selain dari itu, syarikat ini juga membuka peluang bagi mereka yang ingin mencari duit sampingan bersama Chemilan di mana mereka boleh menjadi ejen Chemilan. 

 

Bagi sesiapa yang berminat, mereka boleh menghubungi Chemilan dan membuat pembayaran mengikut pakej ejen yang ditawarkan sekiranya bersetuju dengan pakej tersebut.

 

Sekiranya anda memilih pakej kudap-kudapan pada modal yang pertama, anda boleh juga menjual kesemua jenis produk Chemilan.

 

Selain itu juga, dengan menjadi ejen Chemilan, anda juga dapat menjana keuntungan sebanyak 50%.

 

Ejen akan diberikan latihan setiap hari dan ianya boleh dilakukan secara walk in di TGC Centre. Seterusnya, produk mudah untuk dijual kerana ianya pasaran makanan.

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

MGR Malaysia

G-05 Studio 14,

No 16 (Presint 3.3),

Persiaran Seksyen 14,

4000 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.

Telefon:

0355239400 (Office)

0109646057 (Customer Service)

Email: chemilanofficial@gmail.com

 

Klik Sini Untuk Whatsapp Kami

Klik Sini Untuk Krup Krap Yang Sedap

Klik Sini Untuk Menjadi Ejen 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
Scroll to Top