5 rahsia tentang kerjaya agent produk yang ramai tak tahu

Kami percaya ramai yang sudah sedia maklum bahawa dalam kerjaya bisnes, ada masa kita jatuh dan ada masa juga kita cemerlang gemilang di atas. Tapi tak ramai yang mampu bertahan menanggung segala risiko ujian dan dugaan yang terpaksa dihadapi kerana menganggap kejayaan adalah segala-galanya.

Iya, memang benar. Kejayaan akan membawa kesan besar yang mampu mengubah diri serta keluarga. Yakni mengeluarkan diri daripada kepompong kemiskinan. Seterusnya menjadikan diri sebagai seorang usahawan kaya dan berjaya.

Namun, anda perlu tahu bahawa kejayaan juga mungkin hadir selepas menempuh beberapa jenis kegagalan. Ramai juga usahawan kini yang menemui kejayaan selepas beberapa episod kegagalan. Dan ia lebih menguatkan semangat mereka untuk lebih maju ke hadapan dengan berbekalkan pengalaman lepas.

Adakah anda salah seorang daripada individu ini?

Artikel pada kali ini sangat sesuai buat mereka yang ingin menggapai kejayaan walaupun dengan hanya menjadi ejen dan menjual produk sedia ada di pasaran. Ini antara 5 rahsia atau tips tentang kerjaya agent produk yang ramai tak tahu!

1. Bangun tahajud malam

Untuk berjaya, perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah hubungan kita dengan Tuhan. Itu adalah kunci utama! Dunia dan akhirat perlu seiring. Jika anda menghabiskan seluruh masa dan tenaga hanya dengan menguruskan perniagaan tanpa meluangkan masa bersama Tuhan dan agama, anda tetap akan ketinggalan jauh.

Kerana apa? Kerana semua perkara yang tersedia di dunia ini di atas izinnya dan bila-bila masa sahaja ia boleh ditarik kembali jika tiada keberkatan. Jadi, seimbangkan aktiviti dunia dan akhirat anda serta amalkan solat tahajud pada waktu malam.

Sesungguhnya waktu ini adalah masa yang paling dekat antara ada dan Allah. Jadi, ceritakan segala masalah dan pintalah segala yang terbaik daripadaNya. In Shaa Allah hati akan menjadi lebih tenang walau seberapa banyak dugaan mendatang.

2. Bersikap jujur dan telus


Jika anda benar-benar ingin berjaya, anda haruslah bersikap jujur dan telus. Jangan membuat sesuatu perkara yang tidak realistik. Jujurlah dengan apa yang akan dilakukan oleh produk dan perkhidmatan anda. Ambil segala testimoni dan cuba perbaharuinya serta selesaikan segala permasalahan dengan sehabis baik.  Pelanggan mengetahui setiap apa yang anda kongsikan. Oleh itu, jangan ambil kesempatan ke atasnya dengan cuba membuat atau mengatakan sesuatu yang tidak benar. Boleh jadi tidak berkat perniagaan serta hasil jualan anda.

tips lariskan perniagaan kudapan

3. Beri manfaat pada orang lain

Mempunyai kerjaya dalam dunia perniagaan ini harus pandai mencari cara yang dapat memberi manfaat kepada kehidupan orang lain dengan apa sahaja yang anda jalankan. Iya benar, anda boleh menjual apa sahaja jenis barangan apatah lagi yang mampu memberikan hasil yang lumayan. Tetapi, adakah ia memberi kebaikan kepada pengguna dan pembeli? Atau memberi lebih keburukan kepada kehidupan mereka?

Dengan membina produk, perkhidmatan atau maklumat yang meningkatkan kehidupan orang lain, anda akan dapat mengubah perniagaan serta menggerakkannya ke arah yang lebih baik dan berkat. Semoga dengan keberkatan ini, perniagaan akan lebih maju dan berjaya.

Produk atau servis anda akan sentiasa diperlukan jika ia memberi manfaat kepada pengguna.

4. Tangguhkan kepuasan

Perkara paling penting yang perlu diterapkan jika mempunyai kerjaya dalam bidang usahawan adalah dengan menangguhkan kepuasan dalam perniagaan. Hal ini termasuklah dari segi kepuasan berniaga mahupun peribadi. Jangan sesekali menghabiskan wang keuntungan untuk sesuatu yang tidak memberi manfaat dan tidak menguntungkan.

Tidak dinafikan, terlalu ramai usahawan yang mula lupa dan gelap mata sehingga membelanjakan hampir kesemua duit keuntungan untuk memnuhi kepuasan diri seperti kereta mewah, perabot mewah dan sebagainya. Sudahnya, duit keuntungan yang sepatutnya digunakan untuk mengembangkan perniagaan itu habis dengan serta-merta dan perniagaan juga tidak dapat berkembang dengan baik.

Selain itu, anda juga sebaiknya perlu menangguhkan kepuasan dalam perniagaan. Sebagai contoh, perniagaan baru mencapai keuntungan yang sedikit, anda sudah berasa puas dan tidak merancang untuk mengembangkannya tetapi sebaliknya hanya berdiam pada cara dan rancangan yang sama. Kajian menunjukkan bahawa orang yang berjaya adalah orang yang sanggup menangguhkan kepuasan.

jual kudapan di 5 platform ini

5. Gunakan prinsip simbiosis

Buat mereka yang masih tidak mengetahui atau tidak mengetahui konsep simbiosis ini, jangan risau. Kami akan menerangkannya dengan lebih jelas. Ia adalah suatu konsep yang menggambarkan setiap perkara melengkapi di antara satu sama lain. Begitu juga dalam dunia perniagaan.

Sebagai contoh pada suatu kawasan yang mempunyai kedai runcit dengan kelengkapan barangan basah, anda tidak perlu bersaing dengan menjual produk yang sama. Sebaliknya untuk saling melengkapi, anda mungkin boleh menjual barangan kering seperti sardin dalam tin, telur, bawang dan sebagainya. Ia dapat melengkapkan sumber makanan yang disediakan pada sesuatu kawasan.

Hal ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko persaingan sekali gus mengembangkan kedua-dua jenis perniagaan. Menarik, bukan?

Jadi buat anda yang sudah lama dalam perniagaan atau baru sahaja mulakan perniagaan, boleh layari www.chemilan.com.my untuk menjual produk popular yang mudah laris.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
Scroll to Top