5 Cara Khas Founder Boleh Tarik Customer Menjadi Agent

Jika anda perasan kini, pengeluaran produk makanan diibaratkan seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Terlalu founder yang mengeluarkan produk baru di pasaran dan setiap daripadanya terpaksa bersaing hebat bagi memenangi hati pelanggan.

Ada di antara perniagaan yang bersaing secara tidak sihat dengan melakukan pelbagai perkara iri dan dengki seperti sihir, memburuk-burukkan perniagaan dan juga meniru produk secara bulat-bulat. Ini sama sekali salah dari sisi perniagaan dan juga Islam.

Sanggupkah anda melakukan sihir?

Jika sanggup, apa kebaikannya kepada perniagaan anda?

Iya, mungkin anda berjaya buat masa ini, tetapi adakah berkat segala rezeki yang anda dapat itu?

Tidak. Tidak sama sekali.

Walaupun pencapaian yang kita perolehi ini setinggi gunung namun, semuanya akan berbalik kepada keberkatan Allah termasuklah dalam dunia perniagaan. Ingat ye, setiap hasil perniagaan itu akan dikongsikan dengan pelbagai pihak. Dikongsikan kepada ibu bapa, isteri, suami, anak-anak, sahabat handai, saudara-mara dan seluruh umat Islam lain.

Sanggupkah anda memberi mereka dengan sesuatu yang haram sumbernya?

Fikir-fikirkan.

Nasihat dari kami, bersaing lah dengan sihat!

Contoh yang akan kami berikan pada artikel kali ini adalah daripada sudut perniagaan pihak HQ.

Kami percaya bahawa setiap perniagaan mempunyai perancangannya yang tersendiri dalam mengembangkan perniagaan. Ada yang ingin berkembang tanpa ejen dan tak lupa juga banyak perniagaan yang berkembang dengan bantuan ejen. Hal ini kerana, semakin ramai ejen yang diperoleh, semakin ramai kenalan baru yang akan diperoleh untuk mengenalkan prospek kepada produk yang dijual.

Ejen-ejen ini tidak akan melibatkan diri untuk menjual produk begitu sahaja. Pasti ada sesuatu yang berjaya menarik minat mereka untuk mendaftar sebagai ejen syarikat berbanding syarikat lain. Jadi ini adalah 5 cara khas bagaimana founder boleh tarik customer menjadi ejen.

1. Sediakan USP yang kuat

Kita semua sedia maklum bahawa persaingan dalam dunia perniagaan kini semakin sengit. Jadi, setiap founder dan syarikat perlu mempunyai kelainan mereka yang tersendiri. Jika tepu atau biasa-biasa sahaja perniagaan anda, akan ketinggalan jauh lah ia.

Anda perlu timbulkan keunikan atau Unique Selling Proposition (USP) untuk produk dan jenama anda. Apa yang membezakan produk anda dengan yang lain? Kenapa pelanggan perlu membeli dengan anda? Anda perlu jelaskan perbezaan dan kelebihan produk anda dari segi kualiti, kecepatan, layanan, keberkesanan dan sebagainya.

Jadi ia bukan sahaja mampu menarik pelanggan untuk membeli dengan anda tetapi sekaligus menarik lebih ramai individu untuk mendaftar sebagai ejen produk anda.

makan kudapan ini tanpa rasa bersalah!

2. Kandungan pemasaran yang kreatif dan menarik

Ini adalah salah satu ciri yang dapat menarik pelanggan untuk menjadi ejen produk. Setelah berpuas hati dengan produk yang telah dibeli, mereka akan merisik anda dengan minat untuk menjadi ejen. Jika anda telah menyediakan beberapa kandungan pemasaran yang kreatif dan menarik, ia akan meyakinkan mereka untuk bersetuju menjadi salah seorang ejen. Hal ini kerana ia akan memudahkan mereka dalam usaha mempromosikan produk kerana tidak perlu lagi bersusah payah mengupah influencer atau mengambil gambar produk secara sendiri.

3. Sistem ejen yang mudah

Jangan lupa untuk menyediakan sistem ejen yang mudah dalam proses menghantar pesanan pelanggan dan sebagainya. Ini juga merupakan kelebihan yang mungkin menjadi sebab mengapa ejen tertarik untuk berada di bawah naungan syarikat anda.

kudapan ala kampung paling sedap

4. Sistem sokongan yang kuat

Jika kita perasan, kebanyakan jenama yang maju masa kini mempunyai hubungan yang sangat erat di antara pihak HQ dan juga ejen-ejen sedia ada. Mereka melengkapi antara satu sama lain. Jadi para founder sekalian, wujudkan sistem sokongan yang kuat antara anda dan para ejen. Dengari dan fahami apa keperluan mereka serta hargai usaha mereka dalam mengembangkan perniagaan anda. Ingat ye, tanpa bantuan mereka, perniagaan anda mungkin tidak sebesar ini.

5. Modal yang berpatutan

Seperti kita sedia maklum, kebanyakan daripada mereka yang mendaftar sebagai ejen adalah disebabkan oleh ingin menjana pendapatan tambahan bagi menampung kehidupan. Ini bermakna mereka tidak mempunyai dana yang banyak buat dijadikan modal perniagaan. Jadi, anda perlu menyediakan modal yang berpatutan buat mereka.

Kurangkan jumlah minima yang perlu mereka ambil sebagai permulaan. Sebagai contoh jika sebelum ini anda menetapkan bahawa setiap ejen perlu mengambil 1 dozen produk dengan harga RM 500, mungkin selepas ini anda boleh menawarkan untuk mengambil hanya separuh dozen produk dengan harga RM 250. Ia akan dapat membantu mereka tanpa perlu mengurangkan kerugian dari pihak anda.

Ringkasnya, setiap persaingan mempunyai ujiannya yang tersendiri. Jadi, pilihlah persaingan yang baik dan sihat agar segala rezeki dan hasil yang diperoleh sentiasa mendapat berkat Ilahi. Jika berminat untuk menjual produk popular yang mudah laris, boleh layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
Scroll to Top