3 Tanda Anda Perlu Bermula Sebagai Ejen

Siapa sangka dunia kini sedang mengalami fasa di mana semua harga sudah meningkat naik. Dari barangan makanan, peralatan rumah, bil air, bil api sampailah ke minyak masak, semuanya sudah mendadak naik.

Jika dulu kita dapat membeli-belah sehingga penuh satu troli dengan hanya menggunakan sekeping wang RM 50, tetapi kini dengan wang sebanyak ini, kita hanya dapat membeli 3 hingga 4 barang sahaja. Ada di antara barangan yang dijual pada harga yang sangat tinggi disebabkan oleh sumber yang terhad.

Oleh sebab itu, ramai individu kini masih struggle untuk terus bertahan menampung kehidupan pada masa kini. Buntu dengan langkah yang perlu diambil? Jom mulakan dengan menjadi ejen produk!

Ini adalah 3 tanda mengapa anda perlu bermula sebagai ejen.

1. Duit sentiasa tak cukup

Jika anda sering mengalami kesukaran dan kekurangan perbelanjaan, ini adalah salah satu tanda mengapa anda perlu memulakan perniagaan sebagai ejen. Inilah hakikatnya hidup pada zaman kini, anda perlu mendapatkan sumber kerja tambahan untuk memastikan bahawa sumber kewangan anda terjamin dalam menampung keluarga. Dan perkara ini tidak tertakluk kepada pihak lelaki sahaja. Para isteri yang ingin membantu suami dalam mengukuhkan sumber kewangan keluarga juga digalakkan untuk menjana pendapatan tambahan mengikut kemampuan. Jangan pula anda keluar membuat 2 atau 3 kerja tetapi mengabaikan tanggungjawab wajib di rumah. Itu salah sama sekali.

Cara terbaik yang boleh anda lakukan adalah dengan mendaftarkan diri sebagai ejen menjual produk sedia ada. Dengan cara ini, anda tidak perlu keluar dari rumah bagi mendapatkan pendapatan sampingan. Dengan hanya menggunakan telefon pintar, anda mampu meraih sehingga berpuluh ribu ringgit. Menarik, bukan?

8 kategori kudapan yang patut anda cuba

2. Tak pandai berniaga

Mungkin ada segelintir individu yang tidak pandai berniaga, tetapi minat untuk berniaga. Jangan risau! Inilah sebabnya mengapa anda perlu mendaftar sebagai ejen. Pihak HQ, sebagai contoh Chemilan akan menyediakan kelas khas atau training session di mana mereka akan membimbing para ejen dari zero knowledge kepada advanced! Daripada anda tidak tahu apa-apa, lama kelamaan anda juga akan dapat berkongsi tips-tips berniaga kepada lebih ramai individu. Jangan ingat semua yang berniaga ini serba serbi lengkap dengan segala ilmu pada awal pernigaan mereka. Semuanya mereka usahakan dengan belajar dan belajar. Jika mereka boleh berjaya, mengapa tidak anda?

3. Perniagaan gulung tikar

Untuk mereka yang sedang berada pada fasa perniagaan hampir gulung tikar iaitu muflis, jangan bersedih. Mungkin ada jalan lain yang terbaik untuk anda. Ini adalah tanda bahawa memerlukan lebih banyak ilmu dan pendedahan baru dalam proses mengembangkan persona diri dan minat perniagaan anda. Jangan putus asa! Ambil jalan dan langkah lain terlebih dahulu. Dapatkan seberapa banyak ilmu dan networking yang dapat membantu anda. Sebagai contoh, anda boleh menjadi ejen bagi produk lain dan mendapatkan serta gambaran tentang bagaimana produk yang ada ini berjaya mengembangkan sayap mereka kepada fasa yang lebih tinggi. Seterusnya, anda boleh memilih sama ada untuk menggabungkan dan menginovasikan produk anda bersama mereka ataupun bergerak lebih maju di bawah naungan produk syarikat HQ.

Haa, nampak tak? Walaupun kita dalam situasi ditimpa masalah yang berat seperti hampir muflis dan sebagainya, pasti ada jalan serta solusi yang dapat membantu kita keluar dari kepompong kesusahan itu. Apa-apapun, jika buntu dengan perjalanan kehidupan anda, cuba dapatkan nasihat serta bimbingan daripada mereka yang pakar dan lebih berpengalaman. In shaa Allah pasti ada jalan keluar bagi setiap kesusahan itu.

Jika berminat untuk menjual produk popular yang mudah laris, boleh layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
Scroll to Top