Selain sistem kewangan, pelanggan atau juga customer adalah nadi kepada perniagaan. Tiada pelanggan, tidak berkembanglah sesuatu perniagaan itu.
Untuk anda yang masih sukar mendapatkan pelanggan, jangan risau.
Carilah seberapa banyak ilmu yang boleh anda dapat dalam usaha memenangi hati pelanggan.
Buntu dengan usaha sedia ada?
Jangan risau. Kami akan kongsikan 3 cara mudah untuk anda dapatkan customer.
1. Maklumkan pada kenalan terdekat

Cara pertama dalam mendapatkan kepercayaan terhadap perniagaan adalah dengan memaklumkan tentang produk dan perniagaan kepada kenalan terdekat. Ianya termasuklah keluarga, sahabat, saudara mara dan pengikut di laman media sosial anda.
Hal ini kerana manusia akan lebih cenderung untuk membeli daripada individu yang mereka percaya berbanding orang lain. Tak percaya?
Okay baik mari kita lihat. Antara individu yang menghampiri anda di pasaraya dan sahabat yang ingin menjual produk yang sama kepada anda, yang mana satu akan anda pilih untuk dibeli? Pastinya dari sahabat anda, bukan? Hal ini kerana risiko untuk ditipu adalah lebih sedikit berbanding jika anda membeli daripada mereka yang kurang dikenali.
Dan ada juga sesetengah daripada mereka yang ingin membeli hanya kerana ingin menyokong perniagaan individu yang mereka sayangi. Dalam masa yang sama, mereka akan mempromosikan produk anda kepada kenalan mereka yang lain dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran. Hal ini secara tak langsung akan memudahkan anda untuk mendapat pelanggan baru dari pelbagai pelosok tempat.
2. Hubungi pelanggan sedia ada

Cara kedua adalah dengan menghubungi kembali pelanggan lama yang pernah membeli dengan anda. Maklumkan kepada mereka tentang produk terbaru serta promosi yang sedang anda jalankan melalui ruangan whatsapp mahupun emel. Secara automatik, anda akan mendapat pelanggan yang setia dan juga peminat terhadap produk anda.
Ada di antara pelanggan yang akan berasa terharu atas layanan dan ingatan anda terhadap mereka. Jangan diabaikan ye layanan baik seperti ini, ada di antara mereka yang akan menjadi sokongan kuat anda setelah mendapat layanan baik.
3. Sertai acara awam

Anda juga boleh cuba menyertai pelbagai jenis acara awam yang dianjurkan oleh pihak kerajaan khususnya. Sebagai contoh, program MAHA, Food Festival, booth-booth tempatan yang mendapat perhatian pelbagai lapisan masyarakat. Ia akan memberi promosi percuma kepada perniagaan anda melalui kunjungan masyrakat daripada pelbagai negeri.
Ringkasnya, anda perlu mengetahui pelbagai taktik menarik dan cara mudah untuk mendapatkan customer. Brainstorm dan rancanglah strategi dengan teliti bersama pasukan anda untuk mendapatkan hasil perniagaan yang terbaik. Jika berminat untuk menjual produk popular yang mudah laris, boleh layari www.chemilan.com.my untuk maklumat lanjut.