Salah satu perkara yang penting semasa merancang majlis perkahwinan adalah mencari goodies murah yang sesuai untuk dijadikan door gift pada hari tersebut.
Perkara ini sangat penting kerana ia adalah perkara terakhir yang diambil oleh tetamu anda. Oleh itu, goodies yang mereka dapat haruslah berkualiti tinggi dan menarik.
Dalam artikel ini, kami akan mencadangkan kepada anda 13 idea goodies murah yang anda boleh menjadikan sebagai doorgift di mana-mana majlis.
Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.
13 Idea Goodies Murah Terbaik Malaysia
- Kudapan Chemilan
Cadangan kami yang pertama adalah menjadikan kudapan Chemilan sebagai doorgift kahwin anda. Ini perkara yang paling senang kerana ramai menggemari kudapan.
Mereka boleh terus makan di dalam kereta selepas meninggalkan majlis anda.
Kami mencadangkan kepada anda untuk membeli kudapan dari Chemilan. Ini adalah kudapan yang anda boleh dapat dari kami:
- Sambal Goreng Crunchy
- Nikmat Coklat Sebenar
- Resepi Dapur Bonda
Harga produk-produk ini yang murah sangat berbaloi dan sesuai untuk dijadikan sebagai doorgift untuk majlis anda.
- Lilin Wangi
Goodies murah yang kedua adalah lilin wangi atau dikenali sebagai scented candle. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai doorgift kerana saiznya yang kecil.
Anda boleh letakkan haruman yang anda mahu supaya mereka ingat majlis anda sampai bila-bila. Lilin ini boleh diletakkan di dalam bilik tidur mereka atau dalam tandas.
Ini akan memberi haruman yang sangat wangi apabila dinyalakan.
- Surah Yassin
Jika anda beragama Islam, doorgift yang sangat bagus adalah set Surah Yassin. Ini bagus kerana mereka boleh menggunakan set itu pada bila-bila masa dan akan ingatkan anda.
Terdapat banyak syarikat yang menawarkan set Surah Yassin personal yang anda boleh custom supaya ada nama anda.
Ini doorgift yang sangat sesuai untuk diberi kepada tetamu-tetamu anda.
- Madu
Madu juga merupakan doorgift yang sangat popular pada masa kini kerana harganya yang murah dan juga saiznya. Ia juga memberi khasiat dan bagus untuk dimakan.
Ia biasanya diletakkan dalam balang mini dan senang dibawa oleh tetamu anda. Anda boleh pilih kualiti madu mengikut kemampuan dan kemahuan anda.
- Set Tasbih
Seperti set Surah Yassin, set Tasbih juga boleh dijadikan sebagai doorgift majlis perkahwinan bagi mereka yang beragama Islam.
Ia sangat simple dan anda boleh pilih warna dan bentuk yang anda suka. Ini merupakan pilihan yang popular dalam ramai kalangan umat Islam apabila merancang majlis perkahwinan.
- Bunga Telur
Bunga telur merupakan doorgift yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia. Ini kerana harganya dan saiznya yang sangat sesuai untuk dibeli dalam bilangan yang banyak.
Anda boleh menjadikan bunga telur dalam pelbagai warna dan bentuk mengikut cita rasa anda. Ia sangat senang untuk mencari syarikat yang menawarkan servis ini.
- Pulut Kuning
Goodies murah seterusnya adalah pulut kuning. Ia mempunyai sejarah tersendiri dalam adat dan sejarah Malaysia dan sangat sesuai untuk dijadikan doorgift.
Ia biasanya diletakkan di dalam bekas kecil supaya tetamu boleh membawanya dengan mudah. Ia sangat sedap dan digemari oleh semua orang.
- Sejadah Mini
Sejadah mini juga boleh dijadikan sebagai doorgift majlis perkahwinan anda. Ia sangat praktikal dan tetamu anda boleh membawa sejadah ini semasa mereka melancong.
Harganya juga sangat murah kerana anda boleh mendapatkan sejadah tersebut dengan harga serendah RM2.50 sahaja. Ia sangat senang untuk dicari.
- Perfume
Perfume atau minyak wangi kecil boleh dijadikan sebagai goodies di majlis perkahwinan anda. Ia sesuai kerana semua orang suka wangi-wangian.
Anda boleh pilih dari pelbagai haruman seperti vanilla, bunga ros dan banyak lagi. Apabila tetamu anda bau haruman tersebut, mereka akan ingat balik majlis anda!
- Cawan
Goodies yang murah seterusnya adalah cawan atau dikenali sebagai mug. Anda boleh custom cawan tersebut bersempena dengan majlis anda.
Ia sangat sesuai kerana mereka akan selalu menggunakan cawan ini dalam kehidupan seharian. Harganya yang murah sangat sesuai untuk anda.
- Bunga Rampai
Salah satu doorgift yang kita selalu menerima di majlis di Malaysia adalah bunga rampai. Anda juga boleh menjadikannya sebagai doorgift pada majlis kahwin anda.
Anda boleh membungkuskannya dalam pelbagai cara seperti dalam plastik atau juga boleh di dalam bekas kaca mengikut kemampuan anda.
Baunya yang wangi sesuai untuk majlis anda.
- Marshmallow
Satu doorgift yang popular pada masa kini adalah gula-gula marshmallow. Anda boleh buat perkara ini sendiri kerana ia sangat mudah untuk dibungkuskan.
Ini akan menijmatkan banyak duit untuk anda. Duit yang anda jimat boleh digunakan untuk perkara lain seperti photobooth untuk tetamu anda.
- Sabun
Cadangan kami yang terakhir adalah unik iaitu doorgift sabun. Ia jarang dilakukan dan sangat istimewa. Ia sesuai kerana kita guna sabun pada setiap hari.
Ini sangat praktikal dan tetamu anda akan sangat suka pada doorgift ini, Anda boleh memilih bentuk dan bau mengikut cita rasa anda untuk diberi kepada tetamu anda.
Kesimpulannya, terdapat banyak goodies murah yang boleh dijadikan sebagai doorgift untuk majlis perkahwinan anda.
Sekiranya anda perlukan idea yang mudah dihasilkan, kudapan adalah pilihan yang terbaik seperti yang kami telah cadangkan di bahagian awal artikel ini.
Chemilan adalah satu jenama produk kudapan yang terhangat di pasaran dan sedang menjadi sebutan ramai rakyat Malaysia.
Chemilan hadir dengan beberapa variasi, seperti Sambal Goreng Crunchy iaitu tempe dan kentang hancur yang disatukan bersama ikan bilis bermata biru.
Terdapat juga kerepek berperisa coklat yang lazat dan digemari ramai.
Hubungi Chemilan di sini atau boleh ikuti mereka di Facebook, dan Instagram.
Pingback: 5 ciri kudapan yang berbaloi untuk dibeli. - Chemilan