10 Kelebihan Mendaftar Sebagai (Ejen) Chemilan

“Apa sebenarnya kelebihan menjadi ejen produk ni?”

“Kenapa semakin ramai yang mula menjadi ejen, terutamanya dengan produk Chemilan?”

Inilah antara soalan yang sering sahaja kami peroleh daripada kebanyakan pelanggan yang menyukai produk dari www.chemilan.com.my ini.

Hakikatnya, kami sendiri tidak pasti cara menjawabnya.

Alhamdulillah untuk setiap peluang yang kami terima dan kami sedia maklum bahawa kini semakin ramai yang mula berniaga untuk mencari side income. Kita semua sedia maklum bahawa ekonomi masa kini telah berada pada tahap di mana semua individu bertungkus lumus dalam memastikan semua keperluan masih mencukupi.

Jadi, kami di sini tidak berkecuali untuk turut sama memberi peluang dan kelebihan dalam membantu mereka-mereka yang sedang berusaha meningkatkan pendapatan. Justeru, pada ruangan artikel kali ini kami akan berkongsi tentang 10 kelebihan yang boleh anda peroleh jika mendaftar sebagai ejen produk Chemilan.

1. Modal berpatutan

Chemilan menawarkan harga modal yang sangat berpatutan bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan. Seperti yang sudah diberitahu, umum mula menjalankan perniagaan sebagai ejen adalah kerana ingin menjana pendapatan. Jadi, anda pasti menginginkan jumlah modal yang berpatutan dan tidak melampau.

Kami mendengar isi hati anda! Kini, kami dalam misi mencari geng baru Chemilan dengan harga yang lebih murah dan berpatutan. Jadi buat anda yang ingin mencari peluang berniaga, boleh mendaftar dengan kami.

idea kudapan best untuk raya dan majlis

2. Keuntungan tinggi

Yang paling penting adalah keuntungan yang bakal anda peroleh juga adalah sangat tinggi. Anda boleh menjana sehingga 50% keuntungan dengan hanya menjual produk dari Chemilan.

3. Modul dan sop diberikan

Anda juga tidak perlu bersusah payah memikirkan tentang dokumentasi, proses dan sebagainya kerana pihak HQ akan menyediakan modul serta SOP yang memudahkan anda untuk berurusan dengan mana-mana pihak secara rasmi.

4. Training setiap hari

Selain itu, anda juga akan mendapat training dan coaching dari pihak HQ setiap hari yang anda perlukan dari zero knowledge kepada advanced.

5. Pelbagai cara training

Training yang diberikan ini juga boleh didapati dengan lebih mudah mengikut kehendak anda. Anda boleh memilih untuk menjalankan training secara online ataupun walk in di tempat yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.

6. Berpeluang menjadi CEO

Selain itu, anda juga berpeluang untuk menjadi CEO dengan bimbingan sempurna dari pihak HQ. Dengan cara ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah mengeluarkan banyak modal untuk mempelajari ilmu dan kemahiran baru dalam usaha menjadi seorang CEO.

kudapan membantu cepat fokus

7. Pakej reward

Rewards yang ditawarkan oleh pihak HQ juga adalah sangat menarik dan berbaloi mengikut kesesuaian KPI yang diperoleh.

8. Produk mudah dijual

Paling penting, produk dari Chemilan sangat mudah untuk dijual kerana nichenya dalam bidang makanan serta produknya yang mudah laris dan mampu menarik perhatian pembeli.

9. Order menggunakan sistem yang mudah

Sistem yang digunakan HQ untuk berhubung dengan ejen-ejen produk juga sangat mesra pengguna. Ia juga memudahkan anda dalam urusan menghantar pesanan kepada pihak HQ.

10. Postage oleh HQ

Yang bestnya jadi ejen Chemilan ni, anda tak perlu bersusah payah menguruskan proses penghantaran produk. Hal ini kerana postage akan dilakukan oleh pihak HQ untuk mengelakkan pending, stok tidak diterima dan apa-apa masalah seperti pembayaran.

Jadi, jelaslah bahawa terdapat banyak kelebihan yang bakal anda peroleh jika mendaftar sebagai ejen Chemilan. Segala yang tersenarai pada artikel kali ini hanyalah sebahagian daripada kelebihan yang mungkin anda peroleh.

Jika ingin mengetahui dan mendapatkan kesemua kelebihan yang ditawarkan, moleklah kiranya jika anda layari www.chemilan.com.my untuk mendaftar.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ada apa-apa persoalan yang tim Che Milan boleh jelaskan? Terus Whatsapp saja.
Scroll to Top